Oleh pada 08 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram @photosymptom

Elyana, menepis dakwaan kononnya dia terlantar sakit, sebaliknya mampu bekerja seperti biasa meskipun sedang bertarung melawan kanser limfoma tahap empat.

Penyanyi itu bagaimanapun menjelaskan, hanya pada ketika tertentu dia berasa lesu dan cepat letih.

"Saya masih boleh bekerja dan tidak terlantar seperti didakwa sesetengah pihak. Kadang-kala saya rasa lesu dan mudah penat, namun masih ada kudrat untuk menyanyi.

"Saya juga ada rasa seperti sukar bernafas dan sesak dada pada sebelah malam, namun tidaklah sehingga terlantar.

"Sebelum ini, saya memilih merahsiakan sakit ini kerana tidak mahu mendapat simpati semata-mata," katanya memetik portal BH Online.

Elyana membuat kenyataan tersebut di majlis solat hajat dan doa selamat anjuran kelab peminatnya, Elyana Official Fan Club atau Elo FC yang berlangsung di sebuah masjid di Seksyen 15, malam tadi.

saya tidak terlantar elyana 2

Kredit foto: Instagram @photosymptom

Dua minggu lepas, Elyana yang tersingkir di minggu kelima Gegar Vaganza 4, meruntun emosi penonton apabila mendedahkan dirinya adalah penghidap kanser kalenjar tahap empat.

Susulan itu, peminat serta rakan artis tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat menerusi media sosial.

Elyana yang hadir bersama anak perempuan tunggalnya, Cinta Sumayah pada majlis itu berkata, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada para peminat serta rakan selebriti selepas membuat pendedahan itu.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)