Oleh pada 23 Sep 2021 kategori

Penantian peminat Xiaomi berakhir setelah jenama itu mengumumkan pelancaran Xiaomi Siri 11T. Kedua-duanya Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro direka khas untuk memberi inspirasi kreatif kepada penggunanya. Jenama ini kekal merelevolusikan dunia fotografi dan videografi smartphone dengan inovasi ‘Cinemagic’. Mesti ramai teruja kan?

Dibina dengan 3 kamera 108MP wide angle, 2x telemacro dan lensa 120° ultra-wide angle, model ini pastinya menjanjikan prestasi mengagumkan untuk filmmaker. Apatah lagi dengan adanya AI Cinema mode satu klik, 8K recording dan HDR10+ untuk penggunanya merakam footage dengan teknologi ISO sama dengan kamera digital.

Pengecasan HyperCharge ultra-pantas 100% dalam 17 minit!

19a0c809 6898 49d4 957f 30cf0965712e

Model Xiaomi 11T Pro juga menjadi smartphone pertama jenama itu yang dilancarkan seluruh dunia dengan teknologi 120W Xiaomi HyperCharge. Dengan teknologi ini korang hanya perlu ambil masa 17 minit sahaja untuk 100% dicas.

Walaupun memudahkan dan menjimatkan masa, aspek keselamatan peranti juga masih ditekankan Xiaomi. Keselamatan bateri siri ini dijamin oleh TÜV Rheinland Safe Fast-Charge System Certification tau.

fa39db83 249a 42c7 be88 f21643f6e5d0 jfif

Siri ini juga dikuasakan dengan Qualcomm® Snapdragon™ 888 untuk menyampaikan ciri AI dengan prestasi tinggi. Selain itu Xiaomi 11T Pro juga didatangkan dengan 3 Android OS update serta 4 tahun security patches.

Paparan Cinemagic untuk setiap keperluan

Xiaomi 11T Pro ini terbina dengan DisplayMate A+ berkadaran 6.67’’ FHD+ 120Hz AMOLED paparan rata, TrueColor, Dolby Vision® and HDR10+, memaparkan 1 billion warna, serta 1000 kecerahan.

6b596e5f 71b6 4083 9f34 9539c8e2f1c1

Manakala Dolby Vision pula memberikan pengalaman tontonan yang jelas terperinci, warna terang serta perincian yang mengagumkan. Risau kesihatan mata kerana terlalu lama depan skrin? Mujur ada True Display yang menyesuaikan suhu warna mengikut persekitaran. Turut didapati adalah Reading Mode 3.0 untuk mereka yang suka membaca.

Penggemar muzik kena tahu yang model ini juga didapati dengan Dolby Atmos® 2 speaker SOUND BY Harman Kardon. Nak layan muzik, filem, podcast atau gaming? Semuanya memberikan pengalaman audio mengasyikkan.

Pra-pesan dibuka!

xiaomi 11t pro 0 1280x720

Berita baiknya, pra-pesan dibuka mulai 23 hingga 29 September 2021. Manakala jualan rasmi akan bermula pada 2 Oktober. Xiaomi 11T Pro (8+256GB) didapati dengan tanda harga RM 2,099 manakala RM 2,299 untuk Xiaomi 11T Pro 12+256GB. Manakala Xiaomi 11T pula dijual pada RM 1,699 (8GB+128GB) serta RM 1,899 untuk 8GB+256GB.

Model ini boleh didapati dengan warna Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue.

Hadiah bernilai *RM688 untuk pra-pesan

Untuk korang yang membuat pra-pesan, korang berpeluang mendapatkan hadiah bernilai RM688 dari Xiaomi seperti di bawah:

  1. 1 X Mi Watch Lite
  2. Mi True Wireless Earphones 2 Basic
  3. 1+1 Year Warranty
  4. Screen repair within 6 months

*Tertakluk terma dan syarat. Siapa cepat, dia dapat. Sementara stok masih ada.

Menangi MI TV P1 43”

Bukan tu je, beli mana-mana model Xiaomi Siri 11T dari 2 hingga 4 Oktober, korang berpeluang mendapat satu penyertaan cabutan bertuah untuk memenangi Mi TV P1 43” bernilai RM1,799!

Boleh mula pra-pesan sekarang hingga 29 September 2021 di mana-mana kedai rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee. Juga boleh kunjungi Authorised Xiaomi Stores seluruh Malaysia dari 2 Oktober untuk lebih promo menarik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)