Oleh pada 04 Oct 2021 kategori

Seperti yang ramai dah tahu, Xiaomi telah tampil dengan flagship terbaru mereka, Siri 11T. Terdapat 2 model untuk siri ini iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro, tapi kali ini kami kongsikan mengenai Xiaomi 11T dengan tanda harga lebih mampu milik namun spesifikasi masih mantap!

108MP, One-Click AI cinema untuk cipta ‘Cinemagic’

img 6282

Teknologi kamera diperkenalkan Xiaomi mencapai satu tahap berbeza dengan 3 kamera 108MP wide angle, 2x telemacro dan lensa 120° ultra-wide angle. Nak rakam video pendek atau filem bersinematografi? Sekarang semuanya boleh dengan kamera yang mesra-poket. Harga berpatutan dan saiz yang kompak.

img 6283

Dengan Kecerdasan Buatan (AI) pada ciri fotografi dikomputerkan selain one-click AI cinema, bukan sahaja gambar, malahan video juga boleh diambil dengan mudah. Kalau sebelum ini kita hanya boleh zoom pada subjek, sekarang, Audio Zoom membolehkan kita zoom pada subjek dan alami sendiri pengalaman audio mengasyikkan.

Paparan 120Hz AMOLED

mad716low

Kredit foto: Matt

Untuk memberi kepuasan dari aspek visual, Xiaomi 11T hadir dengan DisplayMate A+ berkadaran 6.67’’ FHD+ 120Hz AMOLED paparan rata dengan TrueColor. Bermakna, korang boleh mencipta magic sendiri dengan smartphone semata.

Selain itu, model ini juga didatangkan dengan Dolby Vision® and HDR10+, memaparkan 1 billion warna, serta 1000 kecerahan. Ringkasnya, Xiaomi 11T adalah kualiti yang diidamkan 2 dunia, peminat dan juga pembikin.

MediaTek Dimensity 1200 Ultra

1 872

Kalau korang adalah pengguna smartphone yang perlu mencapai piawaian media dan filem tertentu, Xiaomi 11T adalah jawapannya. Ini kerana model ini dibina dengan platform mobil MediaTek Dimensity 1200-Ultra 6nm.

Ini sekaligus membolehkan dual 5G standby* selain kombinasi padu mesra tenaga 3.0GHz, dikatakan flagship chipset terbaik di pasaran ketika ini.

Tidak ketinggalan, Xiaomi 11T ini juga menyokong Dolby Atmos dengan dual speakernya.

*Sambungan 5G bergantung kepada kawasan dan sokongan telco tempatan.

Pengecasan sepantas 36 minit

xiaomi 11t official

Selamat tinggal proses pengecasan berjam-jam seperti smartphone biasa. Sebabnya, Xiaomi 11T dengan bateri berkapasiti 5000mAH ini hanya perlu 36 minit untuk dicas penuh. Lebih banyak masa untuk berkarya dan meneroka dunia luar dengan Xiaomi.

Xiaomi 11T ini dijual secara rasmi bermula 2 Oktober 2021 dengan harga RM1,699 untuk 8+128GB manakala RM1,899 untuk 8+256GB. Terdapat 3 warna boleh menjadi pilihan iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue.

Promo di Xiaomi Stores seluruh Malaysia

xiaomi 11t 01

Untuk promo pembelian di Xiaomi Stores, korang berpeluang menang Mi True Wireless Earphones 2 Basic dan juga Mi TV P1 43 inci. Cuma perlu beli Siri Xiaomi 11T sehingga 4 Oktober 2021 untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah Mi TV P1 43 inci bernilai RM1,799! Boleh juga memesan model ini di Shopee dan Lazada bermula 2 Oktober 2021

*Tertakluk terma dan syarat untuk semua item disenaraikan. Semua hadiah percuma adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada.




Hakcipta iluminasi.com (2017)