Medan selera atau food court merupakan tempat makan pilihan ramai pengunjung yang menawarkan hidangan makanan pada harga berpatutan. Ramai orang memilih untuk berkunjung ke medan selera kerana kepelbagaian menu juadah dan suasananya yang santai untuk makan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.
Namun, masih terdapat beberapa faktor yang masih boleh diperbaiki agar semua medan selera menjaga kualiti perkhidmatan dan tahap kebersihan. Lelaki ini kongsi pengalamannya yang sering berkunjung ke medan selera:
BESARKAN TEKS A- A+
1. Ada satu fenomena ganjil berkenaan medan selera.
2. Aku tak pasti anda nampak atau tidak tapi benda ni obvious benar berlaku pada beberapa medan selera yang aku suka.
3A. Aku cukup gemar medan selera kelolaan Majis Perbandaran, sebenarnya. Ada sesuatu yang mendamaikan dengan rekaan tahun 80an nya. Aku rasa selamat dan tak rushing bila makan.
Tapi kenapa sampai berebut pelanggan?
3B. Persoalannya, kenapa kebanyakan tempat makan orang Melayu berbentuk medan selera atau medan penjaja yang disediakan oleh majlis perbandaran, gemar berebut-rebut pelanggan?
4. Anda boleh nampak orang tu nak jual nasik, orang tu jugak lah nak jual air. Tiap-tiap kedai nak jual air, tiap-tiap kedai nak jual nasik campur. Alih-alih, semua kedai jual benda yang sama.
5. Yang paling pelik, walaupun meja dan kerusi jenis pegun yang dipasang oleh Majlis Perbandaran tidak dilabelkan untuk sekian-sekian kedai;
Foto kredit : TimeOut
Nak makan pun ada syarat?
6. Boleh pula ada syarat beli makan dan air sini, kena duduk di meja yang ditetapkan. Kalau nak order makan kedai sebelah, tak boleh. Kena duduk belah sana. Padahal, meja kat situ semua free seating.
7. Benda ni dah jadi satu undang-undang tak betulis.
8. Datang 4 orang, 2 nak makan kedai A, 2 nak makan kedai B. Bila mintak pelayan Kedai A orderkan dekat B sebab nak makan benda yang mungkin dia tak jual, macam nasik ayam misalannya, dia suruh order sendiri.
9. Ada juga yang boleh pulak didik pelanggan dia undang-undang kat situ macam mana berfungsi,"duduk sini, order kat sini ye." Kalau nak order kedai sebelah, dia tarik muka.
10. Yang paling masalah, tiap-tiap kedai bertanggungjawab uruskan pinggan, mangkuk dan cawan dia sendiri.
11. Kedai A hanya akan angkat peralatan kedai A, kedai B punya dia tak angkat. Meja pun tak berkemas.
12. Meja yang perlu dilap pula, bergantung kepada di mana kedudukan meja tu. Kalau meja tu depan kedai dia, dia lap.
Tahap kebersihan pun membimbangkan
13. Lap pula, hanya guna kain semata-mata.
14. Lap pula dengan cara menolak semua sisa makanan di atas meja ke atas lantai sebab benda tu bukti, ramai orang makan kat kedai dia.
15. Teruk bang sebenarnya kalau kau fikirkan bab kebersihan kedai makan kita ni. Sisa makanan satu hal, abuk rokok pelanggan pun satu hal.
16. Agak menyedihkan sebenarnya bila tengok benda camni berlaku, apatah lagi bila tengok sistem medan selera orang Cina macam mana.
17. Sorang jual babi panggang, sorang jual itik gantung, sorang jual bak kut teh, sorang jual mee babi, sorang jual nasik ekonomi sementara tuan punya premis jual air. Semua bawah satu bumbung.
18. Aku tak bermaksud semua, tapi kebanyakan medan selera atau food court yang majoriti Melayu, mesti wujud masalah-masalah ni.
19. Anda ada perasan masalah sama di tempat anda?
Sumber : Irmanyadi Idris