fairuz tak menolak perbaiki hubungan dengan vida

Kredit foto: Siakapkeli

Semalam, perkahwinan berusia tiga tahun milik pengasas kosmetik Datuk Seri Vida bersama Fairuz Ahmad Zainuddin telah berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Ipoh. 

Dalam sebuah kenyataan terbaru, Fairuz memberitahu dia tidak menolak sekiranya diberi peluang memperbaiki hubungan tersebut di masa akan datang.

Malah hubungannya dengan Vida masih lagi dalam keadaan baik. 

Ya sudah tentu. Kami masih boleh berbual-bual seperti biasa… kami tidak bergaduh. Sedih dan pilu. Tuhan yang menentukan perjalanan dan jodoh kami terhenti di sini. Saya akan sentiasa ada jika dia masih memerlukan saya.

Sumber: Mstar

Ketika soalan yang sama diajukan kepada Vida, Pengasas Vida Beauty itu mempunyai jawapannya yang tersendiri. 

Menurut Vida, buat masa ini dia menyerahkan segala-galanya kepada keadaan. Namun dia memerlukan masa untuk menenangkan diri seketika.

Kadang-kadang lepas satu-satu (masalah), kita baru nak gembira tapi Allah takdirkan jadi perpisahan begini. Saya rasa buat masa ini kita bertenang dulu dan tengoklah macam mana nanti. 
Sumber: Mstar  

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)