Oleh pada 16 Mar 2017 kategori

Kredit foto: mStar Online

Walt Disney Co telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi kepada Bloomberg bahawa pihak mereka lebih rela untuk tidak menayangkan filem yang dinanti ramai, Beauty and the Beast di Malaysia kerana enggan babak homoseksual dalam filem tersebut ditapis.

beauty and the beast tidak ditayang di malaysia 2

Susulan perkara tersebut, pihak Golden Screen Cinemas selaku rangkaian pawagam terbesar di negara ini akan menangguhkan tayangan filem kontroversi itu.

Pihak GSC juga mengumumkan untuk mengembalikan semula wang penonton yang sudah membuat tempahan tayangan filem tersebut yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

beauty and the beast tidak ditayang di malaysia 3

Terdahulu, tayangan filem Beauty and the Beast di pawagam diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) namun diklasifikasikan P13 dimana terdapat sedikit suntingan yang dilakukan terhadap babak kontroversi tersebut.

Sumber berita & foto: Malay Mail Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)