Oleh pada 16 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Aktor Kamal Adli enggan memberikan penjelasan panjang lebar berkenaan status hubungannya dengan aktres Emma Maembong yang dikatakan bergolak.

Ujar pelakon berusia 31 tahun itu, dia memohon agar semua pihak memahami keadaan dirinya dan Emma.

Malah hubungan itu sebenarnya masih berlangsung seperti biasa.

“Maaf, saya tak mahu ulas lanjut dan memanjangkan cerita. Saya enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

“Saya harap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang kami hadapi. Apa yang boleh saya katakan, hubungan antara saya dengan Emma masih berjalan seperti biasa,” kata Kamal yang dipetik daripada laporan portal Astro Gempak.

Kamal membuat kenyataan tersebut selepas tamatnya Suku Akhir Super Spontan Superstar 2017.

Terdahulu, menurut laporan BH Online, ketika pertanyaan sama diajukan kepada Emma, aktres itu enggan memberi ulasan.

Namun, dia ada meminta agar soalan itu dipulangkan semula kepada Kamal dan aktres gandingannya dalam drama Duda Pujaan Dara, Zahirah Macwilson.

Hal itu membuatkan netizen meletakkan sangkaan Zahirah sebagai orang ketiga dalam perhubungan mereka.

kamal adli buka mulut isu hubungan bergolak dengan emma maembong 2

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

Namun sehingga kini tiada antara mereka mengesahkan spekulasi tersebut.

Mengenai perkembangan kerjaya, Kamal dan kumpulan King Musang berjaya menempatkan diri di peringkat Separuh Akhir Super Spontan Superstar 2017 selepas mengalahkan kumpulan Tenggiling Taiko.

Super Spontan Superstar 2017 ke udara setiap Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Warna.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)