Oleh pada 28 Oct 2017 kategori

dikatakan lamar emma maembong ini kata datuk salim

Kredit foto: Instagram Emma Maembong

Ahli perniagaan Datuk Salim Rahman menegaskan hubungannya dengan aktres Emma Maembong hanyalah sebagai rakan sahaja.

Mereka berkenalan beberapa bulan lepas melalui keluarga iaitu daripada abang ipar Emma.

"Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti "family friend" dan mengenali dia daripada abang iparnya.

"Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Salim membuat kenyataan tersebut apabila diminta mengulas status hubungannya dengan Emma yang dikatakan rapat.

Malah Salim memberitahu antara dirinya dan Emma tidak pernah keluar berdua-duaan

"Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat," dedahnya.

Menjawab pertanyaan berkenaan foto yang dimuat naik aktres itu sewaktu mereka berada di karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah, Salim menjelaskan dirinya juga terlibat dalam karnival berkenaan.

"Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga," katanya lagi.

Terdahulu, Emma membuat pengakuan kepada portal BH Online tentang hubungannya dengan aktor Kamal Adli yang sudah berakhir.

Isu hubungan itu turut mengaitkan nama aktres Zahirah Macwilson yang juga rakan gandingan Kamal dalam drama bersiri Duda Pujaan Dara.

Pun begitu, Zahirah menafikan dakwaan tersebut dengan mendedahkan bukti melalui beberapa mesej perbualannya bersama aktor itu.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)