Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Akhirnya penyanyi Elly Mazlein terbuka hati untuk menerima lamaran Ayden Rizqi selepas tempoh sebulan perkenalan.

Namun para jejaka di luar sana janganlah terlalu kecewa kerana lamaran yang dimaksudkan bukanlah daripada seorang lelaki.

Sebaliknya penyanyi lagu Jeritan Hati itu menerima lamaran syarikat Ayden Rizqi Empire Sdn Bhd yang berminat mahu menjadikannya sebagai duta produk 'Lentik Dara'.

"Sebelum saya bersetuju menerima lamaran syarikat Ayden Rizqi Empire, saya telah terlebih dahulu mencuba produk Lentik Dara selama sebulan. Saya mahu merasakan sendiri keberkesanan produk ini.

"Alhamdulillah, selepas sebulan mencuba dan berkenalan dengan produk ini, Lentik Dara sangat serasi dengan saya. Berat badan saya hilang sebanyak lima kilogram.

"Apabila saya dapat merasakan perubahan positif, barulah saya bersetuju menerima lamaran mereka yang mahu menjadikan saya sebagai duta Lentik Dara," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Dalam pada itu, Elly menyifatkan tawaran yang kunjung datang sebagai rezeki kepada anaknya, Putri Sara Sefhia.

Malah dia memanjatkan kesyukuran dengan tawaran dalam dunia hiburan yang tidak putus-putus kebelakangan ini.

elly mazlein terima lamaran ayden rizqi selepas sebulan berkenalan 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

"Alhamdulillah, semuanya rezeki Sefhia. Semenjak penghujung tahun lalu, rezeki saya tidak pernah putus.

"Ada sahaja tawaran dalam bidang lakonan, nyanyian serta jenama yang mahu melantik saya sebagai duta. Semuanya rezeki anak.

"Selagi saya masih terdaya, saya akan bekerja dengan lebih kuat untuk anak dan ayah saya. Mereka adalah segala-galanya," luahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ayden Rizqi Empire, Wan Afifah Wan Mhd Kamal memberitahu perlantikan Elly sebagai duta jenama itu kerana perwatakannya yang dilihat bersesuaian dengan produk.

Malah persetujuan dibuat hasil keyakinan Elly sendiri terhadap manfaat produk itu yang telahpun diamalkannya.

"Elly mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan produk serta umur kumpulan sasar iaitu wanita berusia 30-an. Dia juga telah mencuba keberkesanan Lentik Dara.

"Selain itu, nama produk kami yang 'catchy' juga sesuai dengan karakter Elly yang manja," dedah Wan Afifah.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)