Kredit foto: Instagram @eina_azman

Kelmarin, pelakon jelita Eina Azman telah memuatnaik sebuah video di Instagramnya dimana dia sedang memeluk erat dan bertanya khabar pembantu rumahnya, Bik Poji.

Eina mendedahkan ramai pengikutnya yang bertanya tentang keadaan terkini Bik Poji melalui direct message, selepas dua bulan tak bersua muka.

Jelasnya, Bik Poji menderita sakit batuk kering atau TB. Doktor menyarankan supaya dia tinggal di luar kerana bimbang penyakit itu menjangkiti anaknya yang masih kecil.

"Hendak hantar balik kampung Bik Poji tak mahu. Sebab dia masih ingin bekerja. Jadi, takkan saya nak buang dia di tepi jalan seperti majikan lain lakukan?

"Jadi, saya dan suami ambil keputusan untuk sediakan bilik hotel selama dua bulan untuk memberikan rehat yang secukupnya dan pulih," tulisnya.

Sepanjang tempoh itu, Bik Poji terpaksa bergantung pada ubat-ubatan. Melihat keadaan Bik Poji yang sakit teruk ketika itu, beliau fikir sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Kami semua risau. Tetapi, Alhamdulillah semuanya sudah baik. Saya sudah bawa dia pulang ke rumah malam tadi," tulisnya.

Tindakan tersebut menerima pujian netizen yang menyifatkannya sebagai majikan yang berhati mulia.

Sumber:

1. Forum CARI

2. Instagram Eina Azman




Hakcipta iluminasi.com (2017)