Dia telah dilantik secara tidak rasmi sebagai "Australian of the Year" seterusnya dan dilabelkan sebagai "wira kita" bagi rakyat Australia.

Seorang remaja berusia 17 tahun dari Hampton, Melbourne, mencipta kemahsyuran di seluruh dunia dalam masa beberapa jam selepas tindakan memecahkan telur atau "egging" terhadap senator Queensland, Fraser Anning.

Will Connolly yang kini lebih dikenali sebagai Egg Boy atau Budak Telur, menjadi fenomena sehinggakan wajahnya dilekatkan pada T-shirt yang dijual di seluruh dunia dan laman GoFundMe telah ditubuhkan untuk mendapatkan wang untuk yuran guamannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Para pemuzik terkenal telah menawarkan tiket seumur hidup untuk Will ke mana-mana persembahan mereka. Kemahsyurannya telah tersebar luas sehingga Egg Boy diberikan layanan VIP di mana sahaja dia muncul. 

will connoly 88

Kumpulan rock Amerika, Wheatus, melabelkan Will sebagai "Wira Dunia" dan para peminat mencadangkan kumpulan tersebut merekodkan semula lagu Teenage Dirbag sebagai Teenage Eggboy.

Dia juga telah ditawarkan layanan lima bintang di Turki dan minuman percuma seumur hidup ketika dia cukup umur, di Kanada dan Wales. Ada juga yang memanggilnya untuk menjadi Presiden AS.

Sama ada Will tahu atau meluluskan gelaran baru yang dikecapinya ini masih belum diketahui. Namun, seorang pereka Jerman yang jauh, tidak dapat mendapatkan kebenaran remaja itu sebelum mencetak mukanya pada kemeja-T yang untuk mengumpulkan dana untuk mangsa insiden tersebut.

Malah, satu mural telah dihasilkan di Melbourne oleh seorang pelukis jalanan menggambarkan tindakan Will "menelurkan" Fraser Anning.

Walaupun akaun media sosial Will menjadi senyap sejak muat naik video terakhirnya mengenai kejadian itu, namun peminatnya tidak berhenti dan terus memuat naik pujian pada semua foto Instagram dan mengucapkan tahniah kepada ibunya kerana membesarkan seorang lelaki yang baik.

mural will connoly dihasilkan di melbourne

(Kredit: Twitter)

Reaksi yang lebih meluas berlaku apabila Fraser Anning menghentam Will dan ibu bapanya dalam sebuah sidang akhbar.

"Dia mendapat satu tamparan di muka, yang mana ibunya sepatutnya telah lakukan kepadanya lama dahulu kerana dia telah berkelakuan begitu buruk," kata Fraser Anning.

Ahli politik sayap kanan tersebut merasakan rasa kemarahan orang ramai terhadapnya ketika Will menyerangnya dan memecahkan telur mentah di atas kepalanya.

Susulan itu, Fraser Anning membalas dengan menampar Will sebanyak dua kali.

Will Connolly adalah seorang remaja yang sangat aktif. Pada tahun 2016, dia mewakili wilayah Asia Pasifik dalam sukan besbol.

will connoly dan rakan

(Kredit: Instragram Will Connolly)

Dia bermain dengan Senior League Mariners dan pergi ke Amerika Syarikat apabila dia mendapat panggilan di saat terakhir untuk kejohanan Siri Dunia.

Selepas insiden telur itu, Will kelihatan menghabiskan hujung minggu bersantai di kolam bersama rakan-rakannya, yang mana mereka memberi amaran kepada sesiapa yang ingin mengikuti Will melalui akaun media sosial agar berhati-hati dengan akaun palsu.

Halaman GoFundMe "Money for EggBoi" telah mengumpulkan lebih daripada RM245,000 hanya dalam masa 3 hari dengan hampir 3,000 orang penderma dari seluruh dunia. 

eggboy 380

Dan sebahagian besar daripada wang derma tersebut akan disumbangkan kepada mangsa serangan pengganas di masjid di Christchurch.

#Eggboy menjadi hashtag trending nombor 1 di Mesir pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. 4 warga Mesir merupakan antara mangsa serangan Christchurch.

Tindakan yang dilakukan oleh Will ini menunjukkan bahawa masyarakat dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas dan juga sifat perkauman yang menjengkelkan, serta sokongan kepada komuniti Islam di seluruh dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)