Dubai semenangnya terkenal sebagai sebuah negara yang kaya. Hasil kekayaan daripada sumber minyak membolehkan negara ini membina projek-projek mega seperti pulau buatan manusia terbesar di dunia, menara tertinggi di dunia, pusat beli-belah terbesar di dunia dan banyak lagi. 

Kini, sebuah lagi ikon baru akan muncul di Dubai iaitu Dynamic Building, iaitu sebuah bangunan yang boleh berputar secara keseluruhannya. Ianya sama sekali berbeza dengan rekaan restoran berputar Atmosphere 360 yang terletak di Menara Kuala Lumpur dimana hanya bahagian dalaman restoran ini yang berputar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea rekabentuk Dynamic Building

dynamic tower dubai

Idea rekabentuk bangunan ini dicetuskan oleh arkitek David Fisher daripada syarikat Dynamic Architecture. Bangunan ini apabila sudah siap kelak bakal mempunyai 80 tingkat dan lantainya boleh berputar dalam dua arah - kiri dan kanan.

Menurut David Fisher, beliau mendapat ilham untuk membina menara berputar ini lebih daripada 10 tahun yang lalu apabila menyaksikan rekabentuk bangunan Olympic Tower di New York. Daripada pemerhatiannya, beliau dapati terdapat beberapa bahagian unik bangunan ini dimana daripada sudut itu, seseorang akan dapat melihat East River dan Hudson River yang terletak bertentangan antara satu sama lain.

Lalu, beliau berpendapat sekiranya lapisan lantai bangunan tersebut mampu berputar, pastinya setiap bahagian di bangunan tersebut dapat menikmati keseluruhan pemandangan bandar New York. Selama bertahun lamanya, ideanya ini tersimpan rapi sehingalah apabila pembinaan bangunan ini di Dubai diumumkan.

Penggunaan tenaga mesra alam sekitar

konsep rekaan bangunan berputar

Projek ini bukan sahaja menampilkan inovasi rekaan dan rekabentuk, tetapi juga bakal mengetengahkan penggunaan teknologi yang mesra alam sekitar.  Bangunan ini akan menggunakan tenaga elektrik yang dijana oleh turbin angin dan panel solar.

Turbin angin ini akan diletakkan pada setiap tingkat dan ianya dijangka mampu menjana sehingga 1,200,000 kW⋅h setiap tahun. Sementara itu, panel solar pula akan dipasang pada bahagian bumbung dan bahagian atas setiap tingkat. 

Apabila siap kelak, setiap tingkat bangunan ini mampu berputar pada kelajuan 6 meter per minit. Oleh itu, untuk satu putaran lengkap, ia akan mengambil masa 180 minit atau satu jam setengah. Bagi mempercepatkan proses pembinaan, 90% bahagian bangunan ini akan dibina menggunakan konsep pasang siap.

bangunan berputar

Ini bermakna, sesetengah bahagian bangunan ini akan dibina di kilang dan dihantar ke tapak pembinaan untuk dipasang. Konsep sebegini dijangka dapat mengurangkan kos keseluruhan projek dan jumlah pekerja yang diperlukan untuk menyiapkan projek pembinaannya. Dari segi tempoh pembinaanya, ianya dijangka dapat disiapkan 30% lebih pantas daripada menggunakan cara konvensional.

Bagi memastikan struktur bangunan ini benar-benar kukuh, kerangka utamanya akan dibina di tapak projek. Kemudian, bahagian-bahagian lain seperti dapur, tandas, bilik dan sebagainya akan dibina di kilang sebelum dibawa ke tapak projek untuk dipasang.

Tarikh dijangka siap

rekaan bangunan futuristik

Pengumuman mengenai pembinaan bangunan ini sebenarnya telah dibuat pada tahun 2008. Ketika itu, David Fisher menyatakan bahawa projek ini akan siap pada tahun 2010. Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.

Pada 2018, proses pembinaan menara ini masih lagi belum bemula. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017 pihak Dynamic Architecture telah mengumumkan projek ini akan diteruskan dan dijangka siap pada tahun 2020. Keseluruhan projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak $330 juta.

dubai dynamic tower menara dinamik

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan harga sebenar untuk setiap unit rumah yang bakal dijual. Walau bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat harganya mungkin sekitar $4 juta hingga $40 juta. Setiap unit rumah juga bakal dilengkapi dengan kolam renang persendirian dan taman kecil.

Selain itu, terdapat juga lif khas yang dibina untuk mengangkut kenderaan bagi membolehkan pemilik rumah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan khas berhampiran rumah mereka.

dynamic tower dubai 718

Kredit:

  1. CNN
  2. WikiPedia
  3. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)