Oleh pada 25 Mar 2017 kategori

Dubai telah diiktiraf oleh Guinness World Record kerana memiliki kereta polis paling pantas didunia dalam perkhidmatan polis. Tidak ada di tempat lain dimana terdapat banyak kereta polis iaitu jenis supercar yang terdapat di Dubai ini seperti supercar jenis Bugatti Veyron,Ferrari FF  dan juga Lamborghini Aventador.

Mungkin kita rasa aneh disebabkan terdapat kereta supercar didalam pasukkan polis tetapi di Dubai itu adalah perkara biasa kerana negara itu mempunyai ramai pemilik kereta jenis supercar yang sesuai dengan kemewahan negara tersebut. Jika anda terserempak dengan kereta jenis Rolls Royce atau Bentley yang disaluti emas dibandar tersebut, ia adalah seolah perkara biasa jika polis juga memiliki supercar.

Polis Dubai juga memiliki kereta polis seperti Aston Martin One-77, di mana hanya 77 buah sahaja yang dibina, Bentley Continental GT, tiga buah kereta jenis hybrid Porsche Panameras dan dua buah BMW i8. Ini membuatkan anda berasa teruja dan ingin melihat sendiri didepan mata semua kenderaan polis Dubai, sebab itu juga Dubai merupakan destinasi pelancongan terbaik didunia.

kereta polis dubai

Buggati Veyron adalah kereta polis paling laju didunia dengan kelajuan tertinggi yang sangat mengenjutkan kerana mencecah 407 km / sejam. Ia memiliki enjin 16 silinder yang dapat menghasilkan 1000 kuasa kuda, Ia hanya mengambil masa hanya dua setengah saat untuk mencapai kelajuan antara 0 hingga 95km/sejam.

Pemegang Rekod sebelum ini adalah milik kereta polis Itali iaitu jenis Lamborghini Gallardo LP560-4, yang mempunyai kelajuan tertinggi 370 km / sejam.Polis Dubai tidak menggunakan kereta kelajuan tinggi ini semata mata untuk adengan kejar mengejar malahan terdapat banyak tugasan polis yang lain dari itu kata Sheikh Mohammed Bin Rashid Boulevard. Sebalik daripada itu, kereta supercar tersebut akan berada  di sekitar kawasan Dubai Mall dan Jumeirah Beach Residence adalah untuk menarik perhatian setiap pelancong yang datang.

Peranan kami adalah untuk menghapuskan segala prasangka antara polis dan orang ramai, terang Major Sultan Al Marri Dubai Ketua Polis Jabatan Pengangkutan & Penyelamat. "Kami tidak mencari publisiti untuk menunjuk kereta tetapi kami ingin menunjuk kepada setaip pelancong bagaimana mesranya polis dan pelancong di Dubai. Kami sedang mencari cara untuk berhubung dengan orang sepanjang masa.," kata Sultan kepada CNN. "

Bersama dengan kereta mewah tersebut, polis Dubai menunjukkan fakta bahawa banyak pemandu kereta mewah adalah wanita. "Kereta-keretan yang paling mahal seperti Ferrari dan Bentley kebanyakan dipandu oleh pegawai polis wanita," kata Sultan.

polis wanita dubai

Walaupon kemahiran bahasa badan dan komunikasi yang baik diperlukan untuk pekerjaan ini, pemandu juga perlu mempunyai watak yang dapat mengembirakan serta baik. Sultan berkata ramai orang yang sering meminta pihak polis supaya menangkap mereka supaya dapat menaikki kenderaan supercar polis Dubai.

polis wanita dubai dengan supercar

Polis Dubai telah menggunakan supercar sebagai peluang pemasaran sejak tahun 2013 apabila ia pertama kali memperkenalkan model supercar jenis Lamborghini Aventador. "Ia adalah peluang terbesar bagi kami untuk memasarkan bandar dan pasukan polis Dubai," kata Sultan.

Sejak awal, pembuat kereta telah bersaing supaya model kenderaan mereka mendapat tempat di sini. Apa yang mereka lihat merupakan satu peluang untuk memasarkan jenama mereka sendiri, menurut seorang eksekutif dari pengeluar kereta premium. "Ia amat berprestij jika polis Dubai menjadi pelanggan anda dan setiap pengedar berebut rebut untuk mendapat pasaran tersebut." katanya."

Sultan menjelaskan bahawa kerajaan Dubai bukan membeli kereta yang bukan menjadi perbualan di media sahaja tetapi di samping dari  kelajuan, strateginya adalah untuk mempunyai kereta hibrid atau elektrik sekurang-kurangnya 25% menjelang tahun 2030. Dua buah BMW i8 dan tiga buah Porsche Panamera S E-Hybrids telah ditambah untuk pihak polis.

bmw i8 polis dubai

"Ini menunjukkan bahawa pihak kami dan kerajaan benar-benar mengambil berat tentang alam sekitar," kata Sultan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)