Kredit foto: Instagram @tunku_idris

Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail ibni Sultan Ibrahim Ismail menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini memuat naik sebuah foto sedang meletakkan sebelah kakinya di atas badan seekor kucing.

Netizen mula memberikan reaksi kurang setuju dengan perbuatan itu. Tunku Idris kemudian menulis kapsyen baru bagi menjernihkan keadaan.

"Mereka yang menghantar DM (direct message) mengatakan saya kejam kerana memijak kucing tersebut perlukan sebuah kehidupan.

"Saya menggosok perutnya dengan kasut saya. Sama seperti yang saya lakukan dengan buaya saya. Ia adalah salah seekor kucing jalanan yang saya selamatkan dan tinggal bersama saya sekarang.

"Biar saya bertanya, berapa banyak kucing anda telah selamatkan? Kalaulah Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) menerima otak sebagai suatu bentuk derma," tulisnya.

netizen berang tunku idris pijak kucing ini penjelasan beliau 1

Foto Tunku Idris yang menerima kecaman kerana dituduh memijak kucingnya

Difahamkan, Tunku Idris juga ada memuat naik sebuah paparan skrin direct message yang diterimanya dari seorang gadis.

"Kalau ya pun nak tunjuk kasut tu tak perlulah sampai nak pijak kucing. Kucing pun ciptaan Tuhan. Jangan jadi manusia yang riak dan sombong. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik semuanya," tulisnya.

"Contoh klasik melayu tipikal yang suka sangka buruk. Jika saya mahu menunjuk semua kasut saya, saya akan mengambil gambar almari kasut saya," tulis Tunku Idris pula di ruangan kapsyen.

Namun, foto itu kemudian dipadam. Sehari selepas itu, Tunku Idris memuat naik sebuah foto lain memaparkan aksi sama terhadap buaya peliharaannya.

Sumber berita: Instagram Tunku Idris




Hakcipta iluminasi.com (2017)