Pada tanggal 26 Mei 2019, Manuel German Ramirez Valdovinos telah menjalani hukuman penjara selama 19 daripada 43 tahun yang  dijatuhkan ke atasnya atas tuduhan membunuh. Apa yang mengejutkan ialah, mangsa bunuhnya masih lagi hidup dan sihat.

Manuel pernah bekerja sebagai guru muzik di sebuah sekolah di bandar Texapan, Mexico. Pada 26 Mei 2000, dia yang baru sahaja pulang daripada bekerja sedang berehat bersama isteri dan anaknya yang baru berusia sebulan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bermulanya mimpi ngeri Manuel

Tiba-tiba, lapan orang polis telah menerjah masuk ke dalam rumahnya lantas memukul, menggari dan mengheretnya masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta tidak bernombor.

ramirez valdovinos tidak bersalah dihukum penjara

Manuel German Ramirez Valdovinos

Dia ditangkap tanpa waran dan dibawa ke balai polis tempatan di mana di digantung pada tangan dengan rantai besi. Selain itu, Manuel yang berusia 22 tahun ketika itu juga diseksa dengan kejutan elektrik dan dituduh membunuh orang seorang lelaki.

Manuel terkejut apabila mendegar tuduhan yang dilemparkan oleh pihak polis kepadanya. Dia mengenali mangsa yang dikatakan oleh pihak polis itu. Lelaki itu ialah Manuel Martinez Elizalde. Manuel pernah meminjamkan sejumlah wang kepada Elizalde kerana mendakwa lelaki itu dan keluarganya tiada wang untuk membeli makanan.

Manuel tidak pernah mempunyai masalah atau bergaduh dengan Elizalde, apatah lagi membunuhnya. Apa yang lebih pelik ialah ketika Manuel ternampak bapa kepada Elizalde datang ke balai dan mendengar bapanya memberitahu pihak polis "Tidak, bukan dia. Dia adalah salah seorang rakan anak saya dan ini akan memberikan masalah kepada saya".

Rancangan jahat dan penipuan licik

manuel german ramirez valdovinos 2

Pegawai polis yang menguruskan kesnya kemudian menjawab kepada bapa Elizalde, "Anda meminta kami untuk menangkap tiga suspek ini dan sekarang mereka berada di lokap. Kami sudah mengaturkan semuanya dengan Pejabat Pendakwa Raya".

Manuel mendakwa bahawa bapa Elizalde telah menjanjikan pihak polis yang menahannya dengan sogokan sebanyak USD 150,000 (RM 628230). Ia adalah sebahagian daripada penipuan yang ingin dilakukan bapa Elizalde.

Manuel kemudian mengetahui bahawa keluarga Manuel Martinez Elizalde telah menuntut insuran nyawa sebanyak USD 1 juta (RM 4.19 juta) ke atas kematian anak mereka yang dipalsukan.

Manuel dan isterinya juga pernah mendakwa mereka menerima maklumat bahawa Elizalde telah berpindah ke Amerika Syarikat dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya.

Pasangan itu juga mendakwa bahawa sejak Elizalde tinggal di sana dan menggunakan nama berlainan, namun lelaki itu kerap melawat bapanya di vila yang telah dibina menggunakan wang insuran kematian palsu itu.

Sandiwara pihak berkuasa yang korup

hakim mahkamah

Bukti pihak berkuasa yang digunakan untuk memenjarakan Manuel adalah sandiwara semata-mata. Bukti utama iaitu mayat Elizalde mempunyai warna kulit yang berbeza, jauh lebih pendek daripada sebenar dan tiada sebarang parut seperti yang dimiliki Elizalde.

Pihak pendakwa raya tidak mempedulikan perincian yang mengelirukan itu sebaliknya menuduh Manuel membunuh Elizalde dan menjatuhkan hukuman penjara selama 43 tahun terhadapnya.

Manuel telah menghabiskan 19 tahun hukumannya di beberapa penjara berbeza di seluruh Mexico. Semua percubaannya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah gagal.

Sejak 19 tahun yang lalu, Manuel dan isterinya telah menghantar surat rayuan kepada semua hakim, majistret, presiden mahkamah dan gabenor di Mexico tetapi mereka masih belum menerima sebarang jawapan balas.

Pada tahun 2015, bekas guru muzik itu juga pernah merayu kepada Presiden Pena Nieto agar siasatan ke atas penipuan yang berlaku terhadap dirinya dijalankan semula. Usaha itu juga tidak membuahkan hasil.

Tidak pernah berputus asa

manuel valdovinos

Selepas penat berusaha untuk mendapatkan perhatian semua pilihan undang-undang di Mexico, Manuel cuba pula untuk mengenengahkan perkara ini ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika.

Pertubuhan itu kemudian menerima dan menyiasat kesnya dan kemudian mengarahkan agar Manuel dilindungi di bawah Protokol Istanbul, satu set garis panduan antarabangsa untuk dokumentasi penyeksaan dan akibatnya.

Secara teorinya, Manuel perlu dibebaskan sebaik sahaja cadangan Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika dihantar ke Mexico. Sebagai tambahan kepada pelepasan itu, sekatan juga dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam proses jenayah itu seperti pegawai polis yang menyeksanya untuk membuatkan Manuel mengaku terhadap jenayah yang tidak dilakukannya.

manuel german ramirez valdovinos 671

Penjawat awam yang mempunyai semua fakta berkenaan kes itu tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mencegah atau membatalkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Manuel dan keluarganya juga akan dipertanggungjawabkan.

Isteri kepada Manuel, Esther Valdonivos, memberitahu wartawan bahawa telah terbukti orang yang dikatakan mangsa bunuh suaminya itu masih hidup. Segala tuduhan terhadap suaminya adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.

Esther juga meminta agar suaminya dibebaskan dan diberikan keadilan yang sepatutnya. Suaminya telah dipenjarakan selama 19 tahun atas kesalahan rekaan yang tidak pernah dilakukannya sama sekali. Manuel dikatakan akan dilepaskan dalam masa terdekat.

Rujukan:

1. Hand of Moscow

2. RPP

3. Jornada




Hakcipta iluminasi.com (2017)