Kredit foto: mole.my

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa pernah dipalit dengan kontroversi yang mengatakan tudung Naelofar Hijab tidak berkualiti dan hasil keluaran negara jiran.

Ternyata, pengiktirafan yang diberikan oleh organisasi antarabangsa sehingga tersenarai antara 'Forbes 30 Under 30 Asia 2017' berjaya menangkis dakwaan tersebut.

Saya tidak perlu buktikan apa-apa. Saya tidak perlu bersusah payah menerangkan kepada orang ramai.


Bila Forbes, BBC dan Bloomberg datang kepada saya, itu bermakna hasil kerja keras saya mendapat pengiktirafan dan dihargai.


Dengan pengiktirafan dari organisasi seperti ini, ia menunjukkan Naelofar Hijab mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan kompeten.

Setelah bergiat aktif dalam perniagaan, pengasas NH Prima International Sdn Bhd itu berjaya tersenarai dalam kategori runcit dan e-dagang.

'Forbes 30 Under 30 Asia 2017' menampilkan seramai 300 usahawan muda dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia yang dipilih oleh penilai terdiri daripada tokoh terkemuka.

Neelofa (28 tahun) berkata pencapaian itu merupakan sesuatu yang tidak dijangkakan memandangkan usia syarikatnya yang baru setahun jagung iaitu selama tiga tahun.

Apabila mereka hubungi saya untuk senarai itu, saya berasa seperti mimpi menjadi kenyataan kerana ia satu benda yang besar.


Saya percaya ia menjadi impian setiap orang terutama mereka yang berada dalam bidang perniagaan.


Untuk mendapat perhatian sehingga ke tahap ini seperti tidak percaya apatah lagi Forbes sesuatu yang besar.

Menjadikan kejayaan itu sebagai suatu batu loncatan, Neelofa juga cukup teruja untuk melebarkan sayap Naelofar Hijab ke pasaran antarabangsa. 

Sumber: Malay Mail Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)