Oleh pada 30 Nov 2022 kategori

Kredit: Instagram @nursajatkamaruzzaman 

 

Di sebalik kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini, usahawan transgender, Sajat yang kini menetap di Australia berkongsi sebuah petikan kata-kata berkaitan pembuangan undi milik seorang penulis Kanada bernama Wendy McElroy.

 

"Mengundi bukanlah suatu kebebasan politik, tetapi sebuah kesesuaian politik," muatnaiknya melalui sebuah foto.

  

 

Memetik sebahagian mesej petikan itu bahawa mereka yang enggan mengundi tidak berdiam diri, perkongsiannya itu bagaimanapun menerima perdebatan di ruangan komen dimana rata-rata kurang bersetuju dengan pendapat tersebut.

 

"Itu tidak betul. Dengan tidak mengundi, anda tidak ambil kisah tentang negara. Jika anda begitu, jangan merungut. Tutup mulut," tegur seorang netizen.

 

Dibimbangi masyarakat terpengaruh dengan hantaran itu, pelantun lagu Bobo Di Mana itu juga dikritik kerana dirasakan membesar-besarkan isu yang remeh sedangkan dirinya 'menolak' pengundian.

 

"Anda undi, mengadulah bagaimana sekalipun. Tidak undi, diam. Tiada istilah mahukan kedua-duanya sekali kerana ia hanya menjadikan anda tin kosong yang mengetepikan usaha orang lain," tambah netizen itu lagi.

  

 

Melalui sebuah video, penyanyi Nourul Depp yang sempat bertemunya di Sydney baru-baru ini dilihat secara kebetulan memberitahu Sajat seorang yang tahu soal kewajipan terhadap negara.

 

"Dia bukan suruh mengundi sahaja, dia suruh (menyanyi lagu) Aku Cinta Aku Rindu sekali", ujarnya secara berseloroh.

 

Komen Pilihan

pendapat sajat tentang pru15

 

"Apa yang anda (netizen) katakan itu tiada salahnya. Apa-apa pun, tiada sesiapa yang tidak ambil berat tentang negara," respon seorang netizen yang lain.

 

Sumber:

Forum CARI 

Instagram Sajat

Instagram Nourul Depp 

Facebook Abdul Hadi Awang 




Hakcipta iluminasi.com (2017)