Oleh pada 14 Dec 2017 kategori

Kisah bagaimana sesatnya kaum Bani Israil bermula sejak zaman Nabi Musa as. dan berkait rapat dengan kisah bagaimana Nabi Musa as. membelah lautan, sehingga menenggelamkan Firaun dan pengikut-pengikutnya - atas keizinan Allah swt.

Semua itu bermula selepas Nabi Musa as. mendapat perintah daripada Allah swt. untuk berpindah kembali ke tapak asal bermulanya Bani Israil semasa zaman Nabi Yaakub as, meninggalkan bumi Mesir yang pada ketika itu berdepan ancaman Firaun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bani Israil melarikan diri dari bahaya

firaun rasa diri dia tuhan

Pengikut-pengikut Nabi Musa as. iaitu kaum Bani Israil melarikan diri dengan menipu Firaun, membawa bersama bermacam jenis barang kemas daripada koleksi Firaun, ekoran helah mereka mahu mengadakan perayaan bagi meraikan Firaun.

Sampai ke satu lokasi, Malaikat Jibrail menyertai kumpulan pengikut Nabi Musa as. yang berjumlah 6 ribu lebih itu untuk menyampaikan perintah Allah swt. pada Rasul Allah itu. Setiap langkah kuda Jibrail ini mampu menghidupkan tumbuhan pada tapak kaki kuda yang dipijak dan apa yang berlaku ketika itu, disaksikan sendiri oleh salah seorang pengikut Nabi Musa as. yang namanya Musa bin Zhufar atau Musa as-Samiri, ekoran asalnya dari Sumeria.

Musa as-Samiri adalah seorang pemuda yang disifatkan sebagai seorang yang cukup bijak berkata-kata serta berfikir. Dia juga mempunyai pemerhatian yang cukup tajam serta keberanian menyampaikan pendapat yang mampu membuatkan orang lain terpesona dengannya.

Pemergian Nabi Musa 

bukit thursina

Setelah mendapat arahan daripada Malaikat Jibrail, Nabi Musa as. pun mendaki Bukit Sina, meninggalkan pengikut-pengikutnya di bawah pemerhatian adik Baginda, Nabi Harun as. Duduklah kaum bani Israil di situ menunggu kembalinya Nabi Musa as. kepada mereka selama 30 hari atau 40 hari, seperti yang dijanjikan oleh Nabi Musa as. (nota - pendapat berlainan namun angka sebenar tidak perlu dirisaukan).

Ketika menunggu kepulangan Nabi Musa as. muncul persoalan-persoalan di kalangan pengikutnya yang ditimbulkan oleh Musa as-Samiri - adakah satu kesalahan pada mereka mencuri barang kemas milik Firaun yang sedang dipakai oleh pengikut-pengikut Nabi Musa as ketika itu? Bukankah itu satu perbuatan mencuri hak orang lain?

Apabila ditanyakan pada Nabi Harun as, Nabi Harun as. meminta kaum bani Israil menunggu kepulangan Nabi Musa as. bagi mendapatkan penjelasan.

Bagi mengelakkan kekeliruan dalam hati mereka, Musa as-Samiri pun mengarahkan kaum bani Israil menyimpan semua barang kemas milik Firaun yang dicuri tadi ke dalam sebuah lubang yang mereka gali dan mereka pun kembali menunggu semula Nabi Musa as.

Nabi Musa kembali menemui pengikutnya

bukit thursina pandangan atas

Malangnya, Nabi Musa as. terlambat daripada hari yang dia janjikan menyebabkan keresahan mula merebak pada pengikut Baginda. Musa as-Samiri berang dengan tindakan Nabi Musa as. tidak menepati janjinya mula mengapi-apikan kaum Bani Israil. Mereka bersetuju untuk mengorek semula emas-emas yang telah mereka tanam, lalu meleburkan dan mengukirnya menjadi sebuah patung berupa lembu yang besar saiznya.

Musa as-Samiri turut sama mencampurkan pasir bekas tapak kaki kuda Malaikat Jibrail ke dalam patung lembu tersebut yang dikutipnya sebelum itu.

Dengan izin Allah swt, lembu itu mampu bercakap dan berkomunikasi. Melihat keajaiban itu, Musa as-Samiri pun mengarahkan pengikut-pengikut Nabi Musa as. bertanyakan soalan-soalan kepada patung lembu tersebut .

Satu per satu jawapan mereka berjaya dijawab, sehinggakan ada yang mula menyalah anggap patung lembu itu adalah Tuhan mereka.

Nabi Harun as. berkali-kali menegur mereka yang mula asyik dengan lembu emas yang boleh bercakap itu sehinggakan mereka mula leka dengan larangan Allah swt, namun ugutan bunuh mula kedengaran andai Nabi Harun as. campur tangan dalam urusan mereka.

Nabi Harun berdepan fitnah keji kaum sendiri

trek mendaki bukit thursina

Kembalinya Nabi Musa as. melihat pengikut-pengikutnya mula sesat memgakibatkan Baginda berang sehinggakan Baginda bertindak kasar dengan adiknya sendiri Nabi Harun as. atas fitnah kaum Bani Israil.

Mereka menyalahkan Nabi Harun sebagai perancang kepada terbinanya lembu emas itu. Setelah disiasat, Nabi Musa as. menyedari fitnah tersebut dan Baginda pun menghalau Musa as-Samiri daripada terus mengikut mereka semua.

Perasaan ragu-ragu yang telah berjaya ditanam sedikit demi sedikit semasa ketiadaan Nabi Musa as. menyebabkan ramai di antara kaum Bani Israil bertindak mengikut Musa as-Samiri kerana percaya dengan kebolehan beliau menghidupkan lembu emas tadi.

Sesatlah sebahagian besar pengikut Nabi Musa as. mengikut Musa as-Samiri mengembara dunia menyesatkan kaum-kaum manusia lain dengan kepercayaan yang mereka pelajari daripada Musa as-Samiri.

Sudah ditakdirkan dengan izin Allah swt., Musa as-Samiri akan memainkan peranan penting sehinggalah ke akhir zaman, dalam menyesatkan umat manusia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)