Oleh pada 20 Dec 2017 kategori

Kredit foto: era.fm & klick.my

Penyanyi Sufian Suhaimi menggunakan pendekatan untuk tidak kerap bertemu tunangnya, Elfira Loy.

Menepis dakwaan kononnya hubungan mereka bermasalah, Sufian akui jarang memuat naik gambar bersama Elfira kerana sudah tidak berjumpa selama sebulan.

Namun hakikatnya, mereka masih berhubungan antara satu sama lain. 

"Kami okey dan tak ada sebarang krisis pun. Cuma, selepas bertunang kami mengambil pendekatan untuk tidak kerap berjumpa. Nanti orang mengata macam-macam pula. Disebabkan itu, orang tak nampak gambar kami bersama di Instagram masing-masing.

"Sebenarnya, sudah sebulan kami tidak berjumpa. Namun, setiap hari kami berhubung. Lagi pula tidak wajib untuk berjumpa kan? Tidak berjumpa bukan bermaksud tak sayang dan rindu. Apa yang penting adalah saling memahami dan percaya," ujarnya memetik laporan portal Harian Metro.

Kata pemuda berusia 25 tahun ini, dia dan Elfira tidak menghadapi sebarang dugaan sepanjang tempoh pertunangan kecuali hanya cakap-cakap netizen.

"Dugaan bertunang tidak semestinya jatuh kepada pasangan yang nak berkahwin. Alhamdulillah, kami dijauhkan perkara yang tak diingini. Kalau ada pun, ia bukan daripada kami tetapi lebih kepada orang sekeliling.

"Diakui, kami semakin matang untuk berdepan situasi ini. Pendek kata, saya dan El sangat memahami dan menyayangi," katanya.

Dalam pada itu, Sufian akui masih tidak membuat sebarang persediaan perkahwinan walaupun majlis bahagia itu dicanang bakal berlangsung pada Mac 2018.

"Bulan Mac hanya idea daripada kami. Sebenarnya, belum ada tarikh ditetapkan. Tambahan pula, sepanjang dua bulan ini saya sibuk menyiapkan thesis, jadi ia antara sebab kenapa belum ada sebarang persiapan.

"Kalau ikutkan thesis ini siap pada Mei lalu, tetapi saya tangguh satu semester. Disebabkan itu, saya kena juga habiskan pengajian tahun ini. Sekarang ini saya masih menunggu maklum balas daripada penyelia," katanya.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan di kediaman Elfira di Alam Damai, Cheras pada 6 Oktober.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)