Sumber foto: Daily Mail
Cuaca luar biasa dan hujan yang kurang mengakibatkan terusan legenda yang merupakan tumpuan pelancong di Venice, Itali kering baru-baru ini sehingga gondola yang ditambat terdampar di atas tanah kering.
Hujan yang kurang ketika musim sejuk serta ombak rendah akibat fenomena Super Blue Blood Moon mengakibatkan paras air di laluan gondola surut hingga 58.42 sentimeter di beberapa kawasan.
Sebilangan foto yang ditangkap sejak minggu lepas memperlihatkan tempat pelancongan yang dipanggil Queen of the Adriatic itu nampak suram dimana bot-bot ditutup serta dasar terusan kering dan berlumpur.
Ini adalah kali ketiga berturut-turut fenomena aneh itu menimpa Venice yang acapkali disebut sebagai salah sebuah kota romantik di dunia. Dua tahun lepas, terusan itu pernah surut sehingga 71.12cm.
Akan tetapi, bandar raya itu turut menghadapi bencana banjir beberapa kali menerusi tempoh setahun akibat dipenuhi pelancong, bekalan logistik yang lemah dan hakisan bangunan yang membawa kepada kecetekan terusan terbabit.
Sumber berita: Agensi & Kosmo Online