Di Mexico, jenayah terancang ada di mana-mana, bahkan sehingga ke perkampungan terkecil, kecuali di sebuah bandar kecil di negeri Michoacan iaitu Cheran.

Diketuai oleh wanita-wanita tempatan, penduduk Cheran bangkit untuk mempertahankan hutan mereka daripada pembalak bersenjata dan dalam masa yang sama telah menghalau polis dan ahli politik.

Wanita-wanita tersebut bertemu secara rahsia untuk membuat rancangan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka tidak dapat bertahan lagi melihat pembunuhan dan penculikan yang menjadi rutin harian di bandar itu serta berang dengan lelaki bertopeng yang berkeliaran di bandar mereka yang menuntut bayaran daripada perniagaan kecil.

Dan selama lebih daripada tiga tahun, mereka telah menyaksikan dengan marah apabila trak demi trak berlalu melewati rumah mereka membawa timbunan kayu balak yang baru ditebang. 

penjaga hutan dan peta cheran

(Peta negeri Michoacan (kuning) dan bandar Cheran (merah))

Kartel Mexico dahulunya menumpukan aktiviti utama mereka dalam perdagangan dadah, tetapi mereka telah mempelbagaikan model perniagaan mereka dan berusaha mendominasi industri yang menguntungkan termasuk kayu balak yang menjadi asas ekonomi bandar Cheran.

Menjelang tahun 2011, para penebang haram ini semakin mendekati salah satu mata air Cheran.

"Kami bimbang, jika kamu memotong pokok-pokok, air akan semakin berkurang. Suami-suami kami memiliki lembu, di mana haiwan ternakan ini akan minum jika mata air itu musnah?" kata Margarita Elvira Romero, salah seorang daripada perancang.

cheran bandar tiada undang undang politik polis gangster

Sekumpulan wanita kemudiannya masuk ke dalam hutan untuk cuba berbincang dengan lelaki-lelaki yang bersenjata tersebut.

Mereka dimaki hamun dan dihalau, membuatkan rancangan mereka semakin berkembang.

Mereka menyedari bahawa ia terlalu berbahaya untuk berhadapan dengan pembalak di hutan, jadi mereka bertekad untuk menghentikan trak di bandar di mana mereka akan mendapat sokongan daripada jiran-jiran mereka.

Pemberontakan Cheran bermula

negara yang usir keluar ahli politik polis gangster

Pada awal pagi hari Jumaat 15 April 2011, pemberontakan Cheran bermula. Di jalan yang menuruni hutan di luar rumah Margarita, wanita-wanita tersebut menghalang trak pembalak dan mengambil beberapa orang daripada mereka sebagai tebusan. sandera.

Ketika loceng-loceng gereja El Calvario berbunyi dan bunga api meletup di langit subuh yang menyedarkan masyarakat setempat tentang untuk bahaya tersebut, orang-orang Cheran datang berlari untuk membantu.

Keadaan sangat tegang sehinggakan penduduk yang tidak dapat menahan marah terpaksa dipujuk oleh wanita-wanita tersebut untuk tidak mengikat tebusan pada sebuah pohon kuno di luar gereja.

"Semua orang di jalanan berlari di sekitar dengan parang dengan wajah tertutup. Anda boleh mendengar orang menjerit dan loceng gereja berbunyi sepanjang masa." jelas Melissa Fabian yang berusia 13 tahun. 

Polis perbandaran tiba dengan Datuk Bandar dan lelaki bersenjata datang untuk membebaskan rakan-rakan mereka. Situasi tegang timbul di antara penduduk bandar, pembalak dan polis.

Namun ketegangan itu berakhir selepas dua pembalak tercedera disebabkan oleh seorang lelaki muda yang menembak bunga api secara langsung ke arah mereka.

cheran 2

Dan sejak itu, Cheran, sebuah bandar yang terdiri daripada kira-kira 20,000 orang, memulakan perjalanannya menuju pemerintahan sendiri. 

"Ia membuatkan saya ingin menangis mengenakan hari tersebut. Ia seperti filem seram, tetapi ia adalah perkara yang terbaik kami boleh lakukan," jelas Margarita.

Polis dan ahli politik diusir keluar dari bandar

Anggota polis dan ahli politik tempatan dengan pantas dihalau keluar dari bandar kerana penduduk bandar itu mengesyaki mereka bekerjasama dengan rangkaian jenayah.

Parti-parti politik diharamkan dan masih diharamkan sehingga kini. Ini kerana ia dianggap sebagai penyebab kepada perpecahan dalam kalangan orang ramai.

cheran memerintah bandar sendiri 472

Dan setiap satu daripada empat daerah di Cheran melantik wakil rakyat sebagai majlis bandar pemerintah.

Dalam pelbagai segi, Cheran, sebuah bandar yang didiami oleh orang asli Purepecha telah kembali kepada akarnya, iaitu melakukan sesuatu dengan cara kuno dan bebas daripada orang luar. 

Sementara itu, pusat pemeriksaan bersenjata ditubuhkan di tiga jalan utama untuk masuk ke bandar Cheran. Kini, 7 tahun kemudian, pusat pemeriksaan tersebut masih wujud. 

Ia dijaga oleh anggota Ronda Comunitaria, sebuah pasukan polis atau polis tempatan yang terdiri daripada lelaki dan wanita dari Cheran.

pengawal menjaga laluan masuk ke bandar cheran

Setiap kenderaan dihentikan, para pegawainya mempersoalkan tentang dari mana mereka datang dan ke mana mereka hendak pergi.

"Banyak yang kami pelajari. Satu ketika dahulu, kami tidak tahu apa-apa tentang menggunakan senjata api tetapi sekarang kami tahu bagaimana untuk bertarung dan jika penjenayah kembali, kami bersedia untuk berhadapan dengan mereka." kata Heriberto Campos, salah seorang pengasas dan penyelaras Ronda Comunitaria dengan nama gelaran "Diablo".

Wujudkan sistem keadilan sendiri

Cheran mempunyai sistem keadilan sendiri untuk kesalahan kecil dan kebanyakannya berkaitan dengan alkohol.

Pada satu pagi, 18 orang lelaki muda bangun di dalam lokap di ibu pejabat Ronda selepas diitahan kearana minum minuman keras di jalanan atau memandu di bawah pengaruh alkohol.

pesalah kecil di cheran

Hukuman yang dikenakan termasuklah denda dan kerja kemasyarakatan seperti mengutip sampah. 

Pelanggaran undang-undang yang serius pula akan dirujuk kepada peguam negara. Tetapi pada tahun 2015, tidak ada satu pun kes individu hilang, penculikan dan pembunuhan.

Jika anda tinggal di tempat di tempat yang tiada biasa dengan kekejaman yang ganas, anda mungkin tidak terkejut dengan perkara ini.

Namun, negeri Michoacan yang mana terletaknya bandar Cheran, adalah salah satu negeri yang paling berdarah di Mexico di mana beberapa kepala manusia pernah bergelimpangan di atas lantai tarian dan bom tangan diletupkan di pasaraya yang sesak dengan pengunjung.

Kes bunuh pada bulan Julai melebihi daripada 180 kes di negeri ini, jumlah tertinggi selama hampir sedekad.

bandar cheran

Dan dalam masyarakat di sekitar Cheran yang terletak kurang daripada 10 kilometer, kisah penculikan, pemerasan dan pembunuhan adalah satu perkara biasa.

Namun, selepas penduduk Cheran mengambil alih bandar mereka, semuanya telah berubah. Dan disebabkan kes jenayah berkurang dengan sangat ketara, pihak pemerintah negeri membenarkan bandar ini ditadbir oleh penduduk tempatan.

Hutan pain, lautan hijau yang menuruni bukit ke bandar di bahagian bawah telah dimusnahkan oleh penebang.

Kini perimeternya dilawati setiap hari oleh para pegawai dari Ronda Comunitaria. Tanah di Cheran kebanyakannya menjadi hak bersama, keluarga-keluarga menguruskannya tetapi mereka tidak memilikinya.

Dengan lenyapnya para penjenayah, peraturan dikuatkuasakan dengan ketat di mana sesiapa yang mahu menebang pokok mestilah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

anggota rela cheran

anggota rela cheran 2

(Ronda Comunitaria)

Dan dengan perlahan-lahan, hutan mereka sedang dipulihkan. Dianggarkan lebih separuh daripada 17,000 hektar hutan di bandar itu telah dimusnahkan oleh jenayah terancang.

Sekitar 3,000 hektar telah ditanam semula dalam tempoh lima tahun sejak pemberontakan itu.

Cheran tidak sepenuhnya bebas dan ia masih mempunyai pembiayaan negeri dan persekutuan. Tetapi autonominya sebagai masyarakat Purepecha asli diiktiraf dan ditanggung oleh kerajaan Mexico.

Larangan parti politik disokong pengadilan negeri

penduduk tempatn cheran 60

Sementara itu, larangan terhadap parti politik telah disokong oleh pengadilan, yang telah mengesahkan haknya untuk tidak ikut serta dalam pilihan raya tempatan, negeri atau persekutuan.

Di negeri Michoacan, Cheran telah menjadi sebuah harapan di mana kedamaian dan keamanannya berbeza dengan ketakutan yang masih menguasai masyarakat jiran.

Jadi bagaimana mereka berjaya malah berkembang pesat di rantau yang kejam itu? Margarita, Melissa dan Heriberto akan memberikan jawapan yang sama dalam satu perkataan kepada anda: "Solidaridad" yang bermaksud perpaduan. 

Kebanyakan orang yang tinggal di Cheran adalah dari bandar ini. Kebiasaan sosial menentukan bahawa penduduk tempatan berkahwin dengan penduduk tempatan membuatkan terdapat sebilangan orang luar sahaja di Cheran.

penduduk tempatan cheran 2

penduduk tempatan cheran

Keluarga-keluarga sangat besar dan mereka amat rapat. Semua orang mengenali antara satu sama lain dan inilah asas perpaduan bandar.

Dengan keganasan sekali lagi meningkat di Mexico, terdapat kebimbangan di Cheran tentang masa depan iaitu kebimbangan bahawa kartel dapat bertapak sekali lagi.

Bandar lain telah cuba mencontohi Cheran, tetapi tanpa kejayaan yang sama. Melissa optimis dan dia bersedia untuk keluar di jalanan untuk berjuang bagi apa yang telah dicapai.

"Selagi ada sekurang-kurangnya seorang yang mahu mengekalkannya, kami semua akan berdiri di belakang mereka. Kami semua bangga kerana kita telah menghentikan sesuatu dan melakukan sesuatu yang tidak ada komuniti lain yang berani melakukannya" kata Melissa.

Rujukan:

1. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)