Kredit foto: Astrogempak

Pelakon jelitawan, Rozita Che Wan (lebih dikenali sebagai Che Ta) dikatakan telah dipaksa oleh pengurusnya sendiri supaya kembali menceburi bidang lakonan, lapor mStar Online hari ini.

Selepas menerima desakan dari pengurusnya, Che Ta akan memasuki set penggambaran dua buah telefilem bermula bulan April ini yang bakal ditayangkan pada sambutan Aidilfitri tahun ini.

Manakala pada bulan Jun pula, Che Ta akan menjalani penggambaran untuk sebuah drama bersiri.

Sebenarnya saya memang tiada masa hendak berlakon kerana sibuk dengan perniagaan dan hal-hal lain termasuk menguruskan keluarga.

Tetapi selepas beberapa kali dipaksa oleh pengurus, saya akhirnya bersetuju tambahan pula penggambaran telefilem tidak mengambil masa yang lama.

Pengurus saya awal-awal sudah berpesan saya perlu kosongkan jadual pada Jun depan kerana saya akan terlibat dalam drama bersiri.

Saya sebenarnya takut juga hendak kembali berlakon kerana sudah lama tak masuk set.

Peminat pun selalu tanya bila saya hendak berlakon dan saya lihat projek baharu ini adalah sebagai hadiah buat mereka.

Sumber: mStar Online

Pasti para peminat Che Ta dah tak sabar nak tengok kemunculan semula beliau di kaca televisyen bukan?

Sumber berita: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)