Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Ramai yang tidak tahu, aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta pernah berkahwin dengan seorang juruterbang MAS bernama Azuar Effendy Zulkaply pada 26 Ogos 1995.

Bagaimanapun rumah tangga yang dibina tidak bertahan lama apabila masing-masing memutuskan untuk bercerai pada 8 Mei 2003.

Hasil perkahwinan pertama Che Ta itu dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Kini, sebagaimana diketahui umum, Che Ta telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan aktor Zain Saidin pada 13 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu pula Che Ta melahirkan seorang anak perempuan yang begitu comel sekali, siapa lagi kalau bukan Aaisyah Dhia Rana.

Namun begitu, ramai yang tertanya bagaimanakah agaknya rupa bekas suami pertama Che Ta yang tidak pernah didedahkan kepada media ini.

Berikut kami kongsikan dua keping fotonya beberapa tahun lalu yang pernah menjadi tular.

pendedahan 2 foto suami pertama che ta yang ramai tak tahu 2

pendedahan 2 foto suami pertama che ta yang ramai tak tahu 3

Kredit foto: bicaragosip.blogspot.my

Sumber berita: bicaragosip.blogspot.my & Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)