Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

Kenalkah anda dengan gadis yang tular baru-baru bernama Farah Elmo yang diberi nama jolokan "anak mami" ini? Bagi yang terlepas, baru-baru ini gadis ini telah memuatnaik sebuah video yang mana dia memberikan amaran kepada kaum adam yang bujzang agar bersikap bertanggungjawab sebelum berniat ingin mengorat gadis-gadis untuk dijadikan isteri.

farah elmo 439

Video itu telah menjadi perbualan hangat masyarakat dan juga mendapat banyak reaksi terutama daripada kalangan lelaki, yang rata-rata mengutuk dan mengecam perbuatannya. Sebagai balasan, ramai jejaka-jejaka memberikan reaksi dengan membuat video dan memuat naik ke laman facebook. Susulan itu, Farah Elmo sekali lagi tampil dengan memuatnaik video kedua, kali ini mengecam sikap lelaki Melayu yang rata-rata tidak berpuas hati dan melatah apabila diletakkan hantaran yang tinggi hingga mencecah puluhan ribu ringgit.

17630008 10155167007175842 327208181052937185 n 470

Menjadi perbualan hangat masyrakat, tampil seorang wanita comel dari Kelantan, yang bernama Nurul Adeline Daud, dengan memuatnaik video di laman facebooknya. Video berdurasi 4:09 saat itu menampilkan gadis dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu memberikan nasihat dan pandangan kepada kaum hawa mengenai hantaran yang tinggi yang boleh merosakkan rumah tangga.

Wanita dari pantai timur ini pernah mendirikan rumah tangga, namun perkahwinannya bersama bekas suami tidak kekal lama dan kini menjanda akibat diceraikan oleh bekas suaminya yang dikatakan bersikap panas baran, curang dan kaki pukul. Beliau yang menerima hantaran Rm13,188 ketika hari bahagianya, bersempena dengan tarikh lahirnya pada 13 Januari 1988, menasihati kaum hawa agar jika suka sama suka, nikahlah dan buat yang mana wajib sahaja, dan tidak perlu membazir.

"Bagi kak lah, kalau awak suka dekat lelaki itu, dan lelaki itu juga suka dekat awak, nikahlah, buat yang wajib sahaja, mas kahwin dan akad nikah. Lepas nikah, hidup tak pening dengan hutang dan duit yang ada boleh digunakan untuk beli barang rumah," nasihat janda yang tidak mempunyai anak itu.

17634645 10155173287615842 8378430732824945952 n 133

Nasihatnya lagi, jika gadis yang mahu meminta hantaran yang tinggi itu berperangai dan berperwatakan baik, tak selfie, dan tidak gilakan publisiti murahan di Facebook, kemungkinan ada lelaki yang sanggup bayaran yang mahal sehingga RM20,000. 

"Cermin diri dululah sebelum nak minta orang bayar mahal-mahal," 

- Nurul Adeline Daud

Nurul Adeline juga memberitahu lelaki idamannya adalah seorang yang mempunyai sifat bertanggungjawab, ikhlas menerimanya. Juga yang menghormati beliau dan ibu bapanya serta yang boleh membimbingnya ke syurga. Jadi sesiapa yang masih single boleh la mencuba nasib.

s6bxlke

Kredit gambar : Siakapke.li




Hakcipta iluminasi.com (2017)