Selain daripada scroll media sosial, membeli belah di digital mall dan menonton Netflix, anda gunakan telefon pintar anda untuk tujuan apa lagi? Pernah atau tidak terfikir untuk jana pendapatan sampingan atau jadi lebih produktif dengan hanya menggunakan telefon pintar dan jari anda? Sekiranya ya, di bawah kami kongsikan cara untuk memaksimumkan penggunaan gadget pintar anda ( dan menambah baki akaun simpanan anda!).

Semua aplikasi yang kami kongsikan boleh juga dimuaturun di Apple Appstore dan GooglePlaystore.

Untuk Edit

Ini merupakan tips yang sangat berguna buat orang bekerja atau pelajar. Ketika penulis masih menuntut dahulu, penulis selalu guna aplikasi seperti Google Docs ataupun Evernote setiap kali perlu melakukan laporan berkumpulan. Bagi pembentangan pula, kumpulan penulis akan bentang paling akhir dan kami akan mengambil idea atau komen pensyarah kepada kumpulan-kumpulan sebelum kami. Kemudian, dengan menggunakan smartphone masing-masing, kami betulkan pembentangan kami menerusi aplikasi seperti Google Slide dan sebagainya. ( Itulah rahsia kejayaan kumpulan kami pada waktu tersebut.)

Untuk Jana Pendapatan Sampingan

Selain itu, penulis juga sentiasa mencari jalan untuk berjimat, terutamanya pada zaman ekonomi seperti hari ini. Setiap kali anda ingin membeli belah di Lazada atau Shopee misalnya, anda boleh membuka aplikasi-aplikasi ini menerusi aplikasi Cashback seperti Shopback atau MooCash. Cashback ini kemudiannya boleh ditunaikan atau diguna kembali untuk membeli belah secara atas talian.

( untuk memuat turun Shopback dan menerima RM5 bagi pembelian pertama bernilai RM25 ke atas, klik sini

Selain daripada itu, wujud juga aplikasi e-rezeki seperti GigaGigs dan aplikasi tinjauan yang memberi ganjaran setiap kali anda menyertai tinjauan mereka atau melakukan tugasan yang disenaraikan. Kebiasaannya ganjaran diberi dalam bentuk wang yang boleh dipindahkan ke akaun bank.

iluminasi contoh survey

Sekiranya anda memilik banyak barang yang sudah tidak digunakan lagi didalam bilik stor, anda boleh jual kesemuanya di aplikasi seperti Carousel atau Lelong. Selain barang terpakai, barang yang tersilap beli, baju yang sudah tidak muat dan apa sahajalah yang masih ada nilai, semuanya boleh dijual menerusi aplikasi-aplikasi ini.

iluminasi contoh jual barang terpakai

Bagi yang gemar mengambil gambar pula, anda boleh memuat naik gambar-gambar tersebut di aplikasi seperti Agora atau Foap. Apps ini menyerupai instagram, dimana anda boleh berkongsi, follow dan like gambar. Cuma, dari semasa ke semasa, gambar anda akan dibeli oleh pengiklan dan anda juga boleh menyertai pertandingan foto yang diadakan oleh aplikasi-aplikasi ini setiap bulan.

iluminasi contoh jual gambar

Untuk menandatangani dan scan dokumen

Anda tidak mampu membeli mesin scanner yang mahal? Jangan risau, terdapat pelbagai aplikasi yang membolehkan anda untuk scan dokumen dengan menggunakan kamera telefon pintar anda. Kemudian, dokumen yang telah diimbas tadi boleh ditukarkan ke dalam bentuk pdf. Anda juga boleh mengedit dokumen pdf tersebut. Sekiranya telefon tersebut mempunyai stylus ( boleh juga menggunakan jari), anda boleh terus mengisi dan tanda tangan dokumen tersebut.

Untuk print pula, malangnya anda masih memerlukan printer.

Bagi pengguna iPhone, anda boleh scan dokumen dengan menggunakan aplikasi Notes tanpa perlu memuat turun aplikasi lain di AppStore.

iluminasi contoh scan iphone

Untuk menderma

Hari ini telah wujud pelbagai cara untuk bersedekah dan berbuat kebajikan, antaranya ialah dengan menggunakan telefon pintar. Dengan melayari laman seperti SkolaFund atau Gofundme, anda boleh membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan mudah. SkolaFund merupakan website khas yang digunakan untuk membantu pelajar yang dalam kesusahan. Sekiranya anda seorang pelajar dan mempunyai impian untuk berjaya atau tidak cukup wang untuk makan, SkolaFund merupakan website yang terbaik buat anda.

Untuk bayar hutang

Jika ada daripada rakan anda yang selalu bagi alasan ‘terlupa’ atau ‘esok lah aku bayar’ setiap kali berhutang, anda boleh suruh mereka muat turun aplikasi seperti Boost atau membayar hutang menerusi online bank transfer. Setiap bank mempunyai aplikasi pintar yang boleh digunakan untuk topup prepaid, bayar bil dan bank-transfer. Pada abad ke 21 hari ini, sekiranya ada yang bagi alasan tak logik macam diatas, suruh sahaja mereka bayar dengan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Dengan menggunakan aplikasi seperti Boost ataupun Paypal pula, anda menggunakan digital wallet yang perlu di topup terlebih dahulu. Dengan menggunakan Boost misalnya, anda boleh membayar di sesetengah kedai, topup prepaid dan menghantar serta meminta duit daripada kenalan anda. Untuk mendapatkan kredit prepaid percuma sebanyak RM5 bagi topup minimum RM10 pertama anda menerusi Boost, gunakan Invite Code: sitmw6r .

iluminasi contoh bayar hutang menerusi boost

Untuk melabur emas

Zaman sekarang, untuk melabur dalam emas juga mudah, semuanya hanya dihujung jari. Anda boleh menggunakan aplikasi HelloGold untuk membeli emas di Malaysia secara selamat dan mematuhi syariah. Menerusi aplikasi ini, anda boleh membeli emas pada harga serendah RM1 atau pada kuantiti sebanyak 0.001g, dan semua urusan jual beli dan sebagainya hanya dilakukan menerusi aplikasi ini. Sekiranya anda sudah beli emas secara virtual tetapi ingin simpan sendiri emas dibawah tilam, anda boleh arahkan pasukan HelloGold untuk hantar emas tersebut ke hujung pintu anda.

iluminasi contoh melabur meas guna smartphone

Ini hanyalah sedikit contoh yang mampu kami kongsikan. Terdapat banyak lagi cara untuk memanfaatkan telefon pintar sebenarnya. Daripada digunakan untuk bersosial sahaja, apa kata kali ini kita gunakan telefon dan data kita untuk benda yang lebih berguna? Kongsikanlah pula cara anda menggunakan telefon pintar secara bijak di ruangan komen.




Hakcipta iluminasi.com (2017)