Musim panas sekarang semakin menjadi-jadi. Ia merupakan salah satu sebab yang membuatkan kepala sering sakit. Bila kepala anda terasa sakit dan anda tidak mempunyai ubat, anda berasa seperti hendak hempuk kepala anda. Biasanya begitu, tapi kini tidak lagi. Terdapat cara saintifik untuk menghilangkan sakit kepala, yang dipanggil "acupressure".

sakit kepala

Iluminasi.com ingin berkongsi teknik ini yang dapat menghilangkan sakit kepala anda dengan berkesan dan cepat.

Acupressure adalah sejenis urutan, keberkesanannya telah dibuktikan oleh beberapa penemuan saintifik. Secara semulajadinya, ia berbentuk akupuntur dan terapi reflex, tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khas.

Bagaimana untuk mengurut titik acupressure

1. Pertama sekali, duduk dengan selesa dan relax. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat dari 30 saat hingga 1 minit

2. Urut pada titik dengan tekanan rendah atau dengan pergerakan membulat. Biasanya, rasa sakit kepala akan hilang ketika urutan atau 5 hingga 10 minit selepas itu.

Terdapat 6 titik utama untuk hilang sakit kepala

1. Titik Yintang

yintang

Titik Yintang terletak di antara kedua-dua kening anda. Urutan pada titik ini juga boleh menghilangkan keletihan mata.

2. Titik Zan Zhu

zanzhu

Titik-titik semetri ini terletak di hujung bahagian dalam kening anda. Dengan mengurut bahagian ini juga menghilangkan hidung berair dan meningkatkan aktiviti visual.

3. Titik Yinxiang

yingxiang

Titik-titik ini terletak di sebelah lubang hidung dan sebaris dengan mata anda. Untuk mencari titik-titik ini, cari lekuk pada tulang pipi anda. Ia boleh membuka sinus anda, mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi, dan juga menghilangkan stress.

4. Titik Tian Zhu

tian zhu

Titik ini terletak di tengah belakang bahagian kepala, di antara telinga dan permulaan tulang belakang. Dengan mengurut titik-titik ini dapat mengurangkan hidung tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk, dan juga migrain.

5. Titik Shuai Gu

shuai gu

Titik Shuai Gu terletak 2-3 cm dari permulaan garis rambut anda. Ia seperti lekuk. Mengurut titik-titik ini dapat menghilangkan sakit di bahagian kepala dan juga hilangkan keletihan mata.

6. Titik He Gu

he gu

Titik-titik simetri ini terletak di bahagian belakang tangan anda, di antara ibu jari dengan jari telunjuk. Mengurut kawan ini boleh hilangkan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.

Selamat mencuba!


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)