Oleh pada 27 Feb 2025 kategori

Sama ada anda pro atau negatif kepada pembedahan penukaran jantina yang semakin popular di kalangan masyarakat luar, keinginan manusia yang pelik ingin menjadi sesuatu yang bukan dirinya ini membolehkan banyak persoalan timbul untuk kita bincangkan.

Salah satu persoalan yang sering bermain di fikiran penulis adalah tentang isu inzal atau klimaks, melibatkan individu bertukar jantina atau trans/transgender ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kita semua maklum pembedahan penukaran jantina adalah prosedur perubatan yang didakwa sesetengah pihak sebagai proses yang perlu dalam membantu individu transgender menyelarikan tubuh fizikal mereka dengan identiti jantina mereka.

Jadi bila dah bertukar, mesti sesuatu yang semulajadi perlu berlaku secara luar kebiasaan. Apa kelainannya?

Fahami apa itu klimaks atau orgasme dulu

paip pecah

Maaf kalau isu ini sensitif untuk anda.

Tetapi kita pandanglah topik ini dari aspek akademiknya. Sebelum berbincang lebih lanjut, mari kita fahami apa itu kemuncak syahwat atau klimaks atau orgasm; rasa sensasi fizikal dan emosi yang sangat nikmat biasanya terjadi akibat rangsangan seksual.

Klimaks berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor antaranya rangsangan fizikal pada hujung saraf di kawasan sensitif seperti alat kelamin, rangsangan terhadap mental dan psikologi yang terbentuk semasahubungan emosi dan pada peringkat maksima, melibatkan pergerakan ototdi kawasan pelvis yang melepaskan semua rasa tegang yang terkumpul.

Apa yang kami cuba ceritakan walaupun kita semua tahu klimaks utamanya melibatkan alat sulit, proses klimaks itu sebenarnya tidak hanya semata-mata bergantung pada alat kelamin.

Ada individu yang turut mengalami klimaks yang melibatkan emosi dan mental, kerana dua faktor ini adalah faktor penting apabila kita membincangkan bagaimana klimaks berlangsung berfungsi selepas pembedahan jantina seseorang.

Klimaks individu peralihan Lelaki ke Perempuan

trans wellness a transmasculine non binary person and non binary trans woman standing next to each other outside horiz

Bagi individu yang menukar dirinya dari lelaki ke perempuan atau kami singkatkan sebagai TransP sajalah, pembedahan jantina biasanya akan turut melibatkan pembentukan vulva dan faraj yang dibentuk menyerupai kemaluan seorang wanita normal.

Prosedur pembedahan faraj atau vaginoplasti ini bukan dibuat untuk merekabentuk semula struktur kemaluan baru seorang TransP, pembedahan ini juga dibuat secara berhati-hati dalam memelihara struktur saraf utama alat sulit asalnya iaitu zakar, bagi mengekalkan tisu-tisu sensitif yang penting untuk klimaks.

Semasa pembedahan, hujung zakar yang kaya dengan saraf, diubah bentuk dan dipindahkan untuk membentuk organ klitoris. Struktur ini direka untuk berfungsi seolah-olah serupa dengan klitoris wanita yang betul, diharap dapat memberikan potensi untuk seorang TransP merasai keseronokan seksual.

Saluran faraj juga akan dibentuk menggunakan tisu sedia ada, seperti kulit zakar atau skrotum. Bahagian ini walaupun tidaklah sesensitif seperti organ klitoris sebenar yang penuh dengan dengan saraf, dikatakan masih boleh menjadi sensitif kepada rangsangan.

Bagaimana seorang lelaki klimaks selepas menjadi wanita?

caitlyn jenner asalnya atlet lelaki

Kebanyakan TransP boleh mengalami orgasm jika saraf sembuh dengan baik selepas pembedahan.

Tahap sensitiviti klitoris baru yang dibentuk serta kawasan sekitarnya memainkan peranan penting. Bagaimanapun semua ini sangat bergantung dengan teknik pembedahan dan kemahiran pakar bedah itu sendiri, kerana pakar bedah perlu memastikan pembentukan semula itu benar-benar berjaya.

Apa yang sangat ditakuti, seseorang TransP yang telah berubah gagal secara psikologi menerima rupa bentuk organ kemaluan baru mereka, mungkin disebabkan berbeza daripada jangkaan atau mungkin juga kerana pakar bedah buat kerja tak senonoh.

Bagi kes-kes seperti itu, sesi rawatan sambungan serta kaunseling biasanya diaturkan bagi membantu mereka menangani apa yang telah berlaku.

Jika semuanya baik dan TransP tidak lagi menolak perubahan, memang ada direkodkan TransP melaporkan pengalaman seksual yang memuaskan, termasuklah mampu mencapai klimaks. Harus kami jelaskan, TransP tidak lagi mampu menghasilkan air mani dan sperma akibat ketiadaan testis jadi perasaan klimaks yang mereka alami hanyalah pada rangsangan.

Bagaimana TransL pula klimaks?

gerakan woke amerika syarikat

Bagi transgender menjadi lelaki atau TransL, pembedahan jantina biasanya melibatkan prosedur metoidioplasti atau faloplasti yang akan membentuk alat sulit baru menyerupai alat kelamin lelaki.

Pembedahan ini dikatakan dibuat bagi memberikan penampilan yang lebih maskulin kepada TransL. Entahlah...

Sebelum pembedahan dibuat, TransL akan menjalani sesi terapi testosteron, dengan perubahan hormon ini akan menyebabkan klitoris membesar untuk memudahkan proses pembedahan.

Selepas klitoris mencapai tahap yang sesuai, zakar akan dibentuk menggunakan tisu dari bahagian tubuh yang lain, seperti bawah lengan atau paha. Proses pembedahan yang menyambungkan zakar 'baru' dengan klitoris itu dibuat, tujuannya jelas adalah untuk memelihara sambungan saraf sedia ada pada klitoris.

Berbeza dengan TransP, TransL dikatakan mempunyai tahap klimaks yang lebih baik kerana proses pembedahan yang ada mampu mengekalkan kemampuan klitoris mereka untuk mengalami klimaks seterusnya menyumbang kepada tahap kepuasan seksual lebih baik.

Err...bagaimana pula dengan zakarnya?

pisang masak manis

Bercakap pasal TransL ni, mesti ramai terfikir adakah zakar baru yang dibentuk pakar bedah mampu mengalami ketegangan?

Ya memang boleh, tetapi bergantung kepada tahap kemahiran pakar bedah itu jugalah. Pembedahan metoidioplasti yang membentuk semula klitoris menjadi zakar mampu menghasilkan zakar kecil yang boleh tegang.

Sementara prosedur faloplasti yang membentuk semula zakar menggunakan bahagian kulit berbeza, memerlukan seseorang TransL menjalani pembedahan implan bagi menghasilkan zakar yang boleh mengeras.

Ada dua jenis implan yang biasa digunakan, sama ada implan yang fleksibel menghasilkan zakar yang senantiasa menegang atau implan jenis pam yang membolehkan zakar di-pam untuk mengeras, ketika TransL mahu menjalani hubungan.

Pentingnya aspek emosi

wajah meme feminis

Seperti yang sudah kami sebutkan di atas, biarpun pembedahan yang dilakukan berjaya sekalipun, seseorang baik TransP atau TransL akan berdepan cabaran paling besar dalam menerima hasil perubahan yang mereka inginkan.

Setiap individu Trans yang sudah menjalani pembedahan perlu belajar merasa selesa dengan tubuh sendiri sertamungkin memerlukan masa untuk meneroka perubahan anatomi baru mereka.Proses ini dijangka akan memakan masa lebih lama seandainya ada tisu parut yang besar, mencacatkan visual yang mereka gambarkan.

Penyembuhan selepas pembedahan jantina juga adalah proses yang perlu dilalui secara beransur-ansur yang memakan masa, dianggarkanbeberapa bulan hingga setahun untuk saraf sembuh dan mampu menyampaikan isyarat kembali ke otak dengan betul.

Berbaloikah semua ini? Kami tidak tahu.

Apa yang jelas, semua perubahan tidak semulajadi ini bukanlah sesuatu yang harus kita biasakan. Lebih baik kita cuba memahami ketidak sempurnaan diri yang ada dan belajar hidup dengannya, berbanding cuba memahami ketidak sempurnaan diri akibat kegagalan doktor mereka bentuk semula alat sulit kita sehingga hodoh rupanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)