Kredit foto: Instagram Fadza Anuar

    

Fadzaruddin Shah Anuar atau nama popularnya, Fadza Anuar merupakan seorang usahawan Malaysia yang bertindak sebagai pengasas bersama jenama popular, FashionValet.

Beliau merupakan suami kepada Datin Vivy Sofinas Yusof atau lebih dikenali ramai sebagai Vivy Yusof.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Fadzaruddin Shah bin Anuar.
  • Menggunakan nama komersial, Dato' Fadza Anuar.
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 15 April 1988.
  • Berumur 32 tahun.
  • Berkelulusan dalam jurusan Kejuruteraan Aeronautik daripada Kolej Imperial London.
  • Merupakan seorang usahawan, personaliti televisyen dan pengasas bersama jenama FashionValet.
  • Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FashionValet iaitu sebuah platform E-dagang fesyen yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Vivy Yusof yang juga merupakan rakan sekolejnya pada Julai 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Daniel Azim Shah (lahir 2013), Mariam Iman Shah (lahir 2015) dan Sarah Ilham Shah (lahir 2018).
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @fadzaanuar sehingga kini mencatatkan lebih 260,000 pengikut.

    

Baca: Biodata Usahawan Vivy Yusof, Isteri Fadza Anuar

     

Fakta Menarik

  • Karier awalnya bermula dengan memegang peranan sebagai penasihat pengurusan di sebuah syarikat antarabangsa. Sejak itu, beliau mula mendalami platform e-dagang.
  • Pada 2012, beliau bersama isterinya, Vivy dinobatkan sebagai juara program realiti televisyen, Make The Pitch yang membawa kepada habuan berupa pelaburan sebanyak RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, untuk kepentingan 30% dalam syarikat itu.
  • Pernah diundang ke universiti untuk perkongsian berkenaan pengetahuan dan pengalamannya dalam dunia perniagaan.
  • Kemunculannya di layar kaca televisyen menerusi rancangan realiti, Love Vivy yang bersiaran di saluran Astro Ria.
  • Antara pencapaian lain beliau termasuk pernah diangkat sebagai salah seorang Men of the Year oleh Augustman pada 2015.

    

Foto

fadza anuar

dato fadza anuar

suami vivy yusof

vivy yusof

anak vivy yusof

biodata vivy yusof

biodata suami vivy yusof

instagram fadza anuar

keluarga fadza anuar

fadzaruddin shah anuar

Kredit foto: Instagram Fadza Anuar

    

Video

Kredit video: Surprised my husband with a..... | Vivy Yusof

    

Sumber:

1. Wikipedia Fadza Anuar

2. "Love, Vivy" tonjol kehidupan sebenar usahawan online

3. Vivy Yusof selamat bersalin, namakan anak bongsu Sarah Ilham Shah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)