Oleh pada 23 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Hijabista

     

12 finalis pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista diperkenalkan kepada umum buat pertama kalinya.

Penganjuran musim pertama hasil kerjasama saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd ini bakal menemui penonton selama lapan episod pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Prima, bermula 12 Ogos 2020.

Jom semak biodata 12 peserta yang berjaya menempatkan diri.

    

Baca: Info Penuh Program Pencarian Ratu Hijabista 2020

    

Senarai 12 Finalis / Peserta Ratu Hijabista 2020

   

Qila

qila ratu hijabista

Nama penuh: Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman

Umur: 21 tahun

Asal: Kelantan

Instagram: @qilaistheone

   

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Penyiaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Gadis ceria yang petah bersuara ini, aktif menceburi pementasan teater di kolej kerana kebolehannya dalam bidang seni khususnya lakonan.

    

Jiha

jiha ratu hijabista

Nama penuh: Nur Fatin Najihah Noor Hisham

Umur: 21 tahun

Asal: Johor

Instagram: @najihah_sham

   

Berasal dari Skudai Johor, graduan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam jurusan Diploma Pengurusan Acara ini seorang yang berperwatakan ceria dan gemarkan cabaran. Beliau berkhidmat sebagai jurulatih sukan luncur ais (ice skating), selain mengusahakan perniagaan dalam talian.

    

Saree

saree ratu hijabista

Nama penuh: Siti Sariah binti Abdullah

Umur: 21 tahun

Asal: Selangor

Instagram: @sareeabd

   

Penuntut UiTM Lendu, Melaka dalam jurusan Diploma Komunikasi Dan Pengajian Media yang bekerja secara sambilan ini gemar mencabar diri kerana enggan berada di takuk lama.

   

Ellyna

ellyna ratu hijabista

Nama penuh: Nurul Ellyna Anuar

Umur: 21 tahun

Asal: Johor

Instagram: @nurulellynaa

   

Usahawan dalam talian yang juga pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA ini pada mulanya tidak mendapat keizinan bapanya untuk menyertai bidang seni, namun 'dilepaskan' kerana kesungguhan yang dipamerkan.

   

Fiffy Afrina

fiffy afrina ratu hijabista

Nama penuh: Nurfiyanti Afrina Roslan

Umur: 23 tahun

Asal: Pulau Pinang

Instagram: @fiffyafrina

   

Mengimpikan peluang untuk beraksi sebagai seorang pengacara rancangan kesihatan dan perubatan, pelajar bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) ini turut memasang niat untuk mengemudikan konvokesyen universitinya sebagai pengacara majlis.

Beliau berpendapat kecantikan seseorang wanita turut merangkumi aspek keupayaan intelektual dan tidak hanya bersandar pada paras rupa semata-mata.

   

Eka

eka ratu hijabista

Nama penuh: Asfika binti Mohamad

Umur: 26 tahun

Asal: Pahang

Instagram: @eka_mohamad

   

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elektrik daripada UNIKL-British Malaysian Institute, model sambilan berfizikal tinggi lampai yang kerapkali terpilih dalam menggayakan jenama busana pengantin terkenal di Malaysia ini adalah anak kelahiran Kuala Lipis yang menetap di Putrajaya dan sudahpun berumah tangga.

   

Mellya

mellya ratu hijabista

Nama penuh: Shamellya Norazizi

Umur: 23 tahun

Asal: Selangor

Instagram: @mellyazizi

   

Sedang memburu Ijazah Sarjana Muda Kewangan di UiTM Puncak Alam, gadis aktif dan ceria yang merupakan ahli majlis perwakilan pelajar di universitinya ini seorang yang berkeyakinan tinggi, petah bercakap dan sukakan cabaran, selain mempunyai bakat sebagai model hijab dan suka menyertai aktiviti sukarelawan.

   

Tina

tina ratu hijabista

Nama penuh: Qistina Sofia Abdul Aziz

Umur: 24 tahun

Asal: Putrajaya

Instagram: @tinaziz

   

Baru sahaja selesai tempoh pelatih dalam kamar sebagai persediaan menjadi pengamal undang-undang, lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada UiTM Shah Alam yang berkulit hitam manis dan tidak mudah berputus asa ini bakal bergelar peguam dalam beberapa bulan sahaja lagi.

    

Yusrina

yusrina ratu hijabista

Nama penuh: Nuryusrina Shan Mohd Firdaus Shan

Umur: 23 tahun

Asal: Kedah

Instagram: @yusrinashan

   

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia daripada UiTM Shah Alam yang mendedikasikan kejayaan terpilih sebagai Top 12 kepada ibunya kerana merupakan pendorong terkuat dalam melihatnya beraksi di pertandingan ini.

   

Aishah

aishah ratu hijabista

Nama penuh: Siti Aishah Idris

Umur: 27 tahun

Asal: Pulau Pinang

Instagram: @i_shahidris

   

Berjiwa penyayang, bekas guru kanak-kanak istimewa yang berketinggian 174 sentimeter (cm) ini adalah bekas pelajar Universiti Malaya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), bertekad untuk mengangkat kesedaran tentang kesan buruk buli terhadap seseorang, rentetan dirinya yang pernah menjadi mangsa buli sewaktu zaman persekolahan kerana faktor ketinggian.

   

Aunee

aunee ratu hijabista

Nama penuh: Aunee Azrina Zulkifli

Umur: 27 tahun

Asal: Johor

Instagram: @auneekifli

   

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrikal daripada Tokyo University of Science, membuatkan gadis dari Muar ini fasih berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Mengejar Ijazah Sarjana (Masters) yang kedua dalam jurusan Perniagaan di UniTAR International University, Aunee yang pernah menuntut di kelas modelling sewaktu berada di Jepun, turut meraih peluang berada di pentas peragaan dan televisyen tempatan di negara matahari terbit itu.

   

Aqilla

aqilla ratu hijabista

Nama penuh: Nur Aqilla Sidi Ahmad

Umur: 25 tahun

Asal: Negeri Sembilan

Instagram: @qilalawa

   

Tidak hanya mahu terikat dalam bidang perubatan, pemilik Ijazah Sarjana Muda jurusan Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Mansoura, Mesir yang berasal dari Rembau ini sedang menantikan panggilan ‘housemanship’ sebagai doktor pelatih di hospital tempatan.

    

Kredit foto: Instagram Hijabista

   

Sumber:

1. 12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan, Normala Samsuddin Galas Cabaran Juri Tetap

2. Instagram Hijabista

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)