Kredit foto: Instagram Meerqeen

     

Siapa tidak kenal dengan pendatang baharu dalam dunia lakonan, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Syameer Shauqeen Shaiful Izam, 20, yang kini meletup menerusi drama rantaian, Angkara Cinta siaran saluran Astro Prima.

Bintang hangat yang juga bekas pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 ini mencatatkan pencapaian yang cukup membanggakan pada tahun lalu, dengan pelbagai tawaran melimpahi perjalanan awal karier seninya, sekaligus mencetuskan inspirasi kepada para remaja yang ingin menceburi bidang lakonan.

Berikut kami kongsikan 10 fakta menarik mengenai beliau yang disebut-sebut bakal menjadi pelapis 'hero Malaya' ini.

    

meerqeen 708

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

1. Barangkali ramai yang tidak tahu, Meerqeen merupakan anak saudara kepada penyanyi era 90-an popular, Safura Yaacob.

     

meerqeen ig

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

2. Beliau menanam cita-cita untuk menjadi pelakon sejak berusia lima tahun.

    

umur meerqeen

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

3. Sebelum penyertaan dalam Hero Remaja 2020, beliau pernah menghadiri pelbagai sesi ujibakat iaitu sejak berumur 15 tahun, namun hanya menerima satu tawaran sahaja iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.

   

meerqeen hero remaja

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

4. Demi memberi tumpuan pada karier seni yang semakin berkembang, Meerqeen terpaksa menangguhkan seketika pengajian dalam jurusan Diploma Insurans di Kolej Vokasional Gombak.

    

angkara cinta 484

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

5. Mempunyai dua orang pengurus peribadi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan kerjayanya.

   

gambar meerqeen 467

Kredit foto: Instagram Meerqeen

 

6. Namanya ternyata lebih menyerlah berbanding juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar kerana tawaran dan rezeki yang diterima lebih melimpah ruah!

    

hero remaja 2020 738

Kredit foto: Instagram Meerqeen

   

7. Turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian serta mempunyai perancangan untuk mengetengahkannya, namun diketepikan buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus pada bidang lakonan yang diletakkan sebagai karier utama.

    

pelakon angkara cinta 285

Kredit foto: Instagram Meerqeen

    

8. Merupakan peminat genre muzik RnB.

    

meerqeen biodata 772

Kredit foto: Instagram Meerqeen

   

9. Antara karya yang melonjakkan namanya termasuk drama berepisod, Angkara Cinta, selain filem Kelaster dan Frontliners.

   

ibu meerqeen 879

Kredit foto: Instagram Meerqeen

   

10. Meletakkan pelakon senior, Bront Palarae sebagai idola dalam bidang lakonan.

       

Baca: Biodata Penuh Meerqeen

Baca: Tak Sangka! Ini 10 Foto Meerqeen Sebelum Popular

Baca: 10 Fakta Drama Berepisod Angkara Cinta Yang Ramai Tak Tahu!

         

Kredit video:  Finale HERO REMAJA 2020 | Sesi Q&A

    

Sumber:

1. Meerqeen sudah sedia

2. Meerqeen mahu asah bakat

3. Meerqeen ganti pelakon senior

4. Tidak mahu harapkan wajah

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)