Pada bulan Februari 1991, menjelang penghujung Perang Teluk, tentera Iraq yang mengundurkan diri telah bertindak melakukan sabotaj dengan membakar lebih dari 700 telaga minyak di Kuwait. Hingga 6 juta tong minyak dibakar setiap hari selama 30 minggu, menghasilkan api setinggi 300 kaki ke udara dan menutupi langit dengan asap hitam tebal.

Kebakaran ini menghasilkan suhu mencapai 1000 darjah Celsius dan udara di sekitarnya adalah sekitar 340 darjah Celsius, satu suhu yang sangat ekstrim. Keadaan ini menyukarkan sesiapa sahaja mendekati kawasan ini, menyebabkan tugas memadamkan api adalah tugas yang hampir mustahil.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Asap dari kebakaran minyak menjadikan padang pasir menjadi gelap umpama malam kerana dilitupi oleh asap tebal. Dari kolam sekitar 4000 kaki di bawah permukaan bumi di mana ia terkumpul 100 juta tahun yang lalu, minyak dari telaga memancut keluar dengan begitu pantas sekali.

Bertitik tolak daripada peristiwa inilah jentera hebat seperti Big Wind telah dicipta untuk memadamkan kebakaran ini. Keadaan yang sangat merbahaya ini memerlukan satu jentera dengan kemampuan luar biasa untuk memadamkan kebakaran telaga minyak ini bagi mengelakkan kejadian lebih buruk daripada berlaku.

Ilham daripada Kesatuan Soviet

big wind

Dengan inspirasi daripada ciptaan pihak Kesatuan Soviet satu ketika dahulu, sebuah syarikat kejuruteraan daripada Hungary, MB Drilling telah membina sebuah jentera bernama "Big Wind" pada tahun 1991 yang diilihamkan daripada ciptaan pihak Kesatuan Soviet. Sesetengah pihak juga memanggilnya "Windy".

Big Wind dicipta berdasarkan idea asal Kesatuan Soviet. Selama bertahun-tahun, Kesatuan Soviet telah memadamkan kebakaran gas dan minyak dengan menggunakan satu enjin jet MiG-15 yang diletakkan di atas sebuah trak. Malangnya, ia tidak selalu cukup kuat untuk mengalahkan api besar.

Pihak MB Drilling telah menggunakan idea ini untuk mencipta Big Wind dengan menambah baiknya dengan menggunakan 2 enji jet yang dipasang pada sebuah kerta kebal agar tapaknya lebih stabil dan jentera ini lebih mudah bergerak di permukaan yang mencabar. 

Big Wind terdiri dari kapal tangki Soviet T-34 sejak Perang Dunia 2 dengan pelancar pelurunya digantikan oleh dua enjin pesawat pejuang MiG-21 dan enam muncung air. Sekali lihat, rekabentuknya kelihatan seperti sesuatu dari filem sci-fi lama.

Dikendalikan 3 orang kru

jentera bomba power 6

Jentera ini asalanya hendak digunakan untuk melawan kebakaran di Hungary, tetapi Perang Teluk telah meletus disaat jentera ini hampir disiapkan. Maka, Big Wind telah diterbangkan pula dalam kapal kargo C-130 ke telaga minyak yang menyala-nyala dari Kuwait.

Untuk mengendalikan jentera hebat ini, 3 orang anggota bomba yang bekerja bersamal syarikat MB Drilling telah dihantar ke Kuwait. Dalam tempoh 43 hari di Kuwait, 3 orang kru dari Hungaria ini telah berjaya memadamkan sembilan kebakaran telaga minyak dan kerja-kerja menyelamatkan yang lain. 

Windy memerlukan 3 orang kru untuk beroperasi - seorang pemandu di dalam tangki untuk memandu dan mengawalnya, pengawal di kabin belakang di bahagian belakang platform untuk menjalankan enjin jet dan jet air dan seorang ketua yang berada sekitar 15 kaki daripadanya, mengeluarkan perintah kepada dua kru yang lain melalui unit kawalan jauh.

Apabila Windy dikeluarkan dari kargo pengangkut di Kuwait, kira-kira 27 pasukan lain yang sedang melawan kebakaran kagum melihat rekabentuk yang unik serta kemampuannya yang luar biasa. Ada pasukan yang datang jauh dari China dan Kanada dan mereka tidak pernah melihat satu jentera hebat seperti Windy.

Cabaran mengendalikan Big Wind

Disebabkan Windy mampu menghemburkan air dengan begitu cepat dalam kuantiti yang banyak, ia memerlukan sumber air yang begitu banyak. Sebuah syarikat telah dipanggil untuk menggali lubang besar di padang pasir untuk mencari sumber air.

Di setiap takungan air tersebut, dua enjin diesel yang menghasilkan 1381 tenaga kuda dipasang untuk menggerakkan pam air dan menyalurkan ke jentera ini. Air akan disalurkan ke tangki melalui dua paip, dan dari situ, enam paip akan menyalurkannya ke 3 muncung di atas ekzos setiap mesin jet.

Dalam Perang Teluk, jentera ini telah menembak 8000 gelen air seminit dan ada juga penyemburan selama 20 minit untuk menyejukkan kawasan itu setelah api padam. Walaupun kedengaran ianya mudah dilakukan, sebenarnya banyak perkara dan pendekatan yang perlu diambil terlebih dahulu sebelum api benar-benar dapat dipadamkam. 

Big Wind bukan trak bomba biasa. Kerana kuasa enjin yang ada padanya, ia tidak boleh digunakan dalam misi kebakaran rumah biasa kerana kemungkinan besar akan lebih membahayakan penduduk setempat.

Ini kerana dua enjin jetnya dapat menghasilkan daya dorong 27000 paun yang cukut besar, menghembudkan 4591 kaki padu udara pada kelajuan sekitar 770mph. Jumlah ini sudah cukup untuk memecahkan tingkap dan pintu di rumah, bahkan mungkin boleh menyebkan keretakan dinding rumah.

Big Wind melakar sejarah dan memainkan peranan penting semasa Perang Teluk. Namun, tidak dapat dipastikan bahawa jentera hebat ini masih digunakan hari ini atau jika terdapat versi yang lebih baru dan lebih baik ada. Apa pun juga, Big Wind sehingga saat ini masih dianggap jentera bomba paling hebat di dunia yang pernah dihasilkan manusia. 

Kredit:

  1. Car & Driver
  2. War History Online
  3. History Garage



Hakcipta iluminasi.com (2017)