air dimasak berulang kali

Ramai daripada kita mengambil mudah tentang amalan ini. Lebihan air masak dibiarkan di dalam cerek, yang kemudiannya kita masak lagi berkali-kali.

Ramai juga tidak sedar risiko amalan ini kepada kesihatan mereka. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Apakah Yang Terjadi Apabila Kita Masak Air Terlalu Lama Atau Berulang Kali?

adakah selamat untuk minum air masak yang dimasak berulang kali 803

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: davidwolfe.com

Ini adalah satu topik penting yang tidak pernah kita pelajari di dalam kelas kimia, namun ia patut diajar. Apabila kita memasak air paip, struktur kimia air tersebut akan berubah.

Perubahan ini adalah baik kerana kehadiran haba akan menyejat keluar komponen yang tidak stabil dan gas-gas yang terlarut di dalam air. Proses ini menjadikan air yang dimasak lebih selamat untuk diminum berbanding air yang diperolehi terus dari paip.

Sekiranya air dibiarkan masak terlalu lama, atau dimasak berulang-ulang kali, sebatian kimia di dalam air akan berubah, menjadikan air tersebut lebih bahaya untuk diminum.

Dengan membiarkan air masak terlalu lama, sebatian kimia yang berada di dalam air masak tidak terhapus, sebaliknya menjadi lebih pekat berbanding sebelumnya.

Perkara yang sama terjadi apabila air dimasak berulang-ulang kali, kerana kepekatan bahan kimia yang tinggi di dalam air boleh diserap ke dalam badan manusia dan berisiko kepada kesihatan.

Antara bahan kimia yang terkandung di dalam sumber air paip termasuklah arsenik, nitrat dan fluorida. Sumber air paip juga mengandungi beberapa bahan mineral, contohnya seperti garam kalsium.

Mineral ini sebenarnya baik untuk kesihatan pada kadar tertentu. Apabila pengambilan melebihi kadar optimum, ia akan menjadi berbahaya kepada kesihatan.

Air yang dimasak lama atau berulang kali mempunyai kepekatan mineral yang tinggi, memberi kesan negatif kepada buah pinggang manusia dan berupaya menyebabkan batu karang.

Kesan Destruktif Bahan Kimia Yang Terkandung Di Dalam Air Yang Dimasak Lama Atau Berulang Kali

Arsenik

kesan arsenik terhadap kesihatan neuropati periferal 656

Sumber Foto: tristatehealthandwellness.com

World Health Organisation (WHO) menyatakan bahawa arsenik adalah ancaman terbesar air minuman.

Pendedahan kepada arsenik boleh menyebabkan tahap bahan kimia ini di dalam badan meningkat. Arsenik mempunyai kesan terhadap fizikal manusia, dan berupaya menjadi lebih kronik, namun bergantung kepada tahap kuantiti yang terdedah.

Antara bahaya toksik arsenik adalah neuropati periferal, gejala gastrousus, kulit mudah luka, kencing manis, kesan terhadap sistem buah pinggang, penyakit kardiovaskular, dan juga kanser.

Nitrat

kesan nitrat dalam air masak kepada kesihatan leukemia

Sumber Foto: omicsonline.org

Nitrat boleh ditemui secara semula jadi di merata tempat di bumi, contohnya di dalam tanah, air dan udara.

Walaubagaimanapun, bahan kimia ini boleh menjadi berbahaya apabila digunakan sebagai bahan pengawet makanan, seperti makanan tin, atau apabila terdedah kepada suhu yang tinggi, seperti air mendidih.

Apabila nitrat terdedah kepada suhu yang tinggi, ia akan bertukar menjadi nitrosamines, yang boleh menyebabkan kanser.

Nitrat juga dikaitkan dengan pelbagai penyakit seperti leukemia, limfoma (non-Hodgkin) dan lain-lain kanser organ, termasuklah kanser usus besar, pundi kencing, ovari, perut, pankreas dan esofagus.

Fluorida

kesan fluorida dalam air masak kepada kesihatan mandul tidak subur

Sumber Foto: alldaychemist.com

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan tentang kontroversi kimia fluorida dan kehadirannya di dalam air. Menurut fakta, ia wujud di dalam air dan memberi ancaman kepada kesihatan.

Walaupun terdapat bukti tentang kesan bahaya fluorida, kerajaan tetap mendesak untuk membiarkan bahan ini di dalam air.

Berdasarkan kajian daripada Harvard University yang dijalankan selama 22 tahun, terdapat kaitan antara pendedahan terhadap fluorida kepada fungsi saraf dan kognitif kepada kanak-kanak.

Keputusan kajian berkenaan diterbitkan di dalam jurnal Environmental Health Sciences, dan menyimpulkan bahawa fluorida di dalam air menyebabkan skor IQ kanak-kanak menjadi rendah.

Kajian yang lebih terkini mengaitkan fluorida dengan kadar kemandulan yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Menurut Dr. Anne Marie Helmenstine (penulis dalam bidang sains - kimia, fizik, biologi dan matematik), seboleh-bolehnya, elakkan menjadikan memasak semula air masak daripada menjadi tabiat.

Wanita mengandung dan mereka yang berpenyakit mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap kesan kepekatan bahan-bahan kimia di dalam air seperti yang disebut di atas.

Rujukan:

  1. thesun.co.uk
  2. thoughtco.com
  3. healthy-holistic-living.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)