Oleh pada 24 May 2023 kategori

Menurut pengkaji sejarah dan arkeologi, zaman Mesozoic merupakan zaman yang penting dalam sejarah pembentukan bentuk muka bumi. 

Zaman ini dikatakan menjadi titik tolak kawasan tanah bumi yang bercantum digelarkan Pangea, berpecah kepada beberapa bahagian. Proses ini berlangsung dari fasa permulaan era Mesozoic iaitu zaman Triassic bersambung ke zaman Jurassic.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Secara keseluruhan, rra Mesozoic dibahagi kepada tiga tempoh masa berbeza; Triassic, Jurassic dan Cretaceous yang menyaksikan bumi menjalani perubahan ketara pada iklim, struktur geologi dan juga biologi.

Sejarah era ini membawa kepada populariti siri filem 'Jurassic Park', filem popular berbentuk fiksyen yang memaparkan manusia zaman kita cuba membangkitkan semula haiwan era 'Jurassic' ke zaman kita.

Tetapi betulkah fakta 'Jurassic Park' yang ditayang pada kita?

Kenapa era pertama dinamakan Triassic?

zaman triassic

Terminologi 'Trias' bagi zaman pertama Era Mesozoic dicipta Friedrich von Alberti, seorang ahli geologi dari Jerman pada tahun 1834.

Nama "Trias" berasal daripada istilah Latin "trias," yang bermaksud "tiga lapisan."

Alberti memberikan nama itu  kerana beliau mengamati tiga lapisan batuan yang berbeza di Jerman mewakili kala ini. Lapisan batuan ini kemudiannya turut ditemui di pelbagai bahagian dunia.

Zaman Triassic menyaksikan perubahan geologi dan biologi yang penting selepas peristiwa kepupusan dalam skala besar yang berlaku ketika akhir Era Paleozoic sebelum itu. Dalam zaman Triassic, benua-benua di Bumi mula berubah kedudukannyamembentuk lapangan tanah gergasi yang dikenali sebagai Pangaea.

Zaman ini juga menyaksikan kepelbagaian dan evolusi ke atas makhluk reptilia awal, kemunculan dinosaur pertama dan pelbagai bentuk hidupan marin baru.

Nama "Triassic" kekal digunakan sehingga sekarang untuk merujuk kepada zaman ini dalam sejarah Bumi, memberikan rujukan mudah diterima umum dalam mengenal pasti waktu itu, yang terjadi sekitar 251 juta tahun dahulu.

'Jurassic' - apa yang diwakili istilah ini?

banjaran jura jurassic

Istilah "Jurassic" bagi kala kedua dalam Era Mesozoik diolah berdasarkan nama Pergunungan Jura, sebuah banjaran gunung di Eropah meliputi negara Switzerland dan Perancis.

Zaman Jurassic berkait rapat kajian geologi serta fosil oleh ahli geologi Switzerland dan Perancis di kawasan Banjaran Jura. Zaman Jurassic yang berlaku kira-kira 201.3 juta hingga 145 juta tahun yang lalu, menyaksikan banyak perubahan penting dalam sejarah Bumi.

Pada masa ini dinosaur mencapai kepelbagaian spesis, dengan kemunculan pelbagai spesies.

Ketika zaman ini jugalah berlaku penyebaran dan pengembangan tumbuhan berbunga yang membentuk hutan-hutan luas. Kepelbagaian hidupan laut meningkat dengan kehadiran ikan purba, makhluk ammonit, dan reptilia laut.

Cretaceous - nama diinspirasikan tanah liat

zaman mesozoik mesozoic

Istilah "Cretaceous" bagi zaman ketiga Era Mesozoik diambil daripada perkataan Latin "creta," yang bermaksud "tanah liat."

Nama ini diberi berdasarkan ciri-ciri geologi yang ditemui dalam lapisan batuan yang terbentuk semasa tempoh ini. Zaman Cretaceous berlaku kira-kira 145 juta hingga 66 juta tahun yang lalu, menyaksikan kejadian-kejadian penting dalam evolusi kehidupan di Bumi.

Salah satu peristiwa penting dalam zaman Cretaceous ialah perkembangan makhluk dinosaur. Dinosaurus bersaiz besar seperti Tyrannosaurus rex dan Triceratops merupakan beberapa contoh spesis yang ikonik merujuk zaman ini. Selain dinosaur, pelbagai jenis reptilia juga berkemban, termasuk ular purba, kura-kura.

Zaman Cretaceous juga menyaksikan penyebaran dan kepelbagaian tumbuhan berbunga yang semakin luas, membentuk tumbuhan yang ada seperti anggerik dan mawar. Tumbuhan berpokok dan hutan yang kompleks mula muncul di daratan.

Di dalam laut kehidupan marin terus berkembang pesat. Terumbu karang berkembang luas, menyediakan habitat untuk pelbagai spesis ikan, moluska dan spesis echinoderm seperti tapak sulaiman.

Betulkah Tyrannosaurus rex tidak wujud era Jurassic?

jurassic park trex mitos myth

Fakytanya, Tyrannosaurus rex (T. rex) yang popular tidak wujud semasa Zaman Jurassic walaupun makhluk ini terpilih sebagai ikon filem popular itu.

T. rex hidup semasa Zaman Cretaceous selepas Zaman Jurassic.

Semasa Zaman Jurassic terdapat dinosaur besar berbeza dengan T. rex. Beberapa contoh terkenal dari Zaman Jurassic adalah Allosaurus dan Dilophosaurus. Dinosaur ini adalah pemangsa handal yang hidup lebih dahulu sebelum T. rex muncul, sekitar puluhan juta tahun beza jangka masanya.

T. rex pula merupakan dinosaur pemakan daging terbesar pernah wujud, tetapi muncul dalam era Cretaceous. Seandainya filem 'Jurassic Park' dinamakan mengikut fakta sebenar, namanya haruslah dijadikan 'Cretaceous Park.' 

Anda nak tengok filem 'Cretaceous Park'? Bunyinya saja dah aneh dan kurang menarik untuk dipublisitikan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)