Bayi dan anak kecil sangat tidak suka apabila anda dalam keadaan duduk. Seboleh-boleh mereka akan menangis, merengek dan memberontak agar anda berdiri mendukung mereka sambil bergerak ke hulu ke hilir. Dan setiap kali anda berdiri (sambil dukung atau kendong bayi), serta-merta tangisan itu berhenti.

Pernah terfikir kenapa? Apakah perbezaan yang dirasakan seorang anak kecil sekiranya anda berdiri atau duduk? Dan mengapakah ibu bapa perlu banyak membazirkan masa dengan berdiri dan melangkah berat berbanding baring atau duduk saja bermanja dengan si kecil?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jawapannya ada pada 'respons lari' yang berevolusi selepas beberapa milenia. Pada zaman dahulu, jika seseorang ingin melarikan diri dari binatang buas, anak yang didukung akan duduk diam sahaja supaya tidak mengganggu ibu bapa yang sedang berlari.

Menurut penyelidik yang telah menerbitkan satu kajian dalam jurnal Current Biology pada tahun 2013, tindak balas menenangkan terhadap dukungan ini adalah satu set kawalan pusat, jantung dan pergerakan.

ibu dukung bayi berdiri terus baby berhenti menangis 351

Bayi di bawah usia enam bulan yang didukung oleh seorang ibu yang berjalan akan menghentikan pergerakan dengan sukarela dan berhenti menangis. Kadar denyutan jantung mereka juga berkurangan dengan mendadak.

Situasi ini sebenarnya meletihkan ibu bapa, namun pada masa yang sama, ia adalah satu rahmat dalam sejarah kejadian manusia. Respons menenangkan itu dapat meningkatkan kebarangkalian bayi terselamat dalam kes-kes melarikan diri dalam situasi kecemasan.

kenapa bayi berhenti menangis apabila ibu bapa berdiri

Dalam kajian yang dijalankan, para penyelidik memasak mesin ECG kepada 12 bayi yang sihat dan meminta ibu mereka meletakkan bayi masing-masing ke dalam katil bayi. Kemudian mereka diminta memegang bayi dalam keadaan duduk dan juga mendukung bayi mengelilingi bilik selama 30 saat.

Keputusan kajian membuktikan yang kebanyakan ibu sudahpun tahu yang anak kecil paling gembira apabila mereka didukung sambil berjalan, bengang apabila ibu sedang duduk dan paling rimas apabila ditinggalkan di dalam katil bayi. Namun, analisis terhadap kadar degupan jantung menunjukkan pengurangan yang drastik apabila anak didukung berbanding dipegang. Tingkah laku dan fisiologi bayi serta-merta menjadi lebih tenang. Lihat sendiri bagaimana eksperimen itu dijalankan dan bagaimana bayi memberikan reaksi kepada gaya pegangan oleh ibu:

Penemuan ini memberikan jalan penyelesaian bagi para ibu bapa untuk mencuba kaedah yang terbukti dari segi sains untuk menenangkan anak selepas melalui pengalaman seperti disuntik vaksin yang menyakitkan atau terkejut dengan ribut petir yang menakutkan. Dukunglah anak dan berjalan perlahan-lahan atau berlari-lari anak kerana ini boleh menenteramkan mereka.

Bagi ibu bapa yang telinganya sudah bingit dan tidak boleh hidup tenang tanpa tangisan anak, kajian ini mungkin dapat membantu anda.

kenapa bayi berhenti menangis apabila ibu bapa berdiri 3

Menurut pasukan penyelidik itu, pemahaman dari segi saintifik mengenai tindak balas fisiologi bayi ini dapat menghalang ibu bapa daripada bereaksi keterlaluan terhadap anak-anak. Ia akan memanfaatkan ibu bapa dengan mengurangkan perasaan kecewa kerana salah satu faktor utama penderaan kanak-kanak adalah tangisan yang berpanjangan.

Rujukan: Cell




Hakcipta iluminasi.com (2017)