Oleh pada 11 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/kimkardashian

Pasangan suami isteri kontroversi Hollywood, Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan akan menimang anak mereka yang ketiga pada Januari tahun depan.

Menurut portal TMZ, suatu sumber memberitahu bayi perempuan itu bakal dilahirkan oleh seorang ibu tumpang yang menetap di San Diego, Amerika Syarikat.

Menurut portal People pula, Kardashian akhirnya menemui wanita paling sesuai untuk mengandungkan anaknya itu selepas beberapa bulan melakukan pencarian.

Keluarga pasangan terbabit teruja mendengar berita baik itu. Kardashian mengambil keputusan untuk mengupah ibu tumpang berikutan masalah kesihatan.

Sumber itu turut berkata yang selebriti program realiti 'Keeping Up With The Kardashians' itu memastikan ibu tumpang berkenaan mengamalkan diet sihat bagi menjaga perkembangan kandungannya itu.

Pasangan berkenaan mahu segalanya berjalan lancar selain memastikan bayi dikandung sihat. Mereka tidak mahu ibu terbabit berdepan sebarang komplikasi dan Kardashian turut menyediakan senarai pemakanan ideal untuknya.

Kardashian dan West berkahwin pada tahun 2014 sebelum mendapat dua orang cahaya mata iaitu North (4 tahun) dan Saint (21 bulan).

Ketika mengandungkan dua anaknya itu, Kardashian mengalami komplikasi sehingga doktor terpaksa menasihatkannya supaya tidak hamil lagi jika tidak mahu nyawanya terancam,

Menerusi satu episod 'Keeping Up With the Kardashians' pada April lepas, Kardashian timbul dengan idea untuk mendapatkan khidmat ibu tumpang sebagai alternatif ketika berjumpa dengan doktor berkenaan masalah peranakannya itu.

Saya dan suami sering berbincang untuk menimang ramai anak dan selepas kejadian di Paris, naluri mahu mengandung lagi semakin kuat.

Pada sekitar Oktober tahun lepas, Kardashian dirompak sekumpulan lelaki yang berjaya merampas barang kemasnya berjumlah $11 juta di Paris, Perancis.

Kardashian menerima cadangan menggunakan khidmat ibu tumpang berkenaan oleh sebuah agensi yang melibatkan kos yang amat tinggi.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)