Oleh pada 14 Mar 2017 kategori

Belangkas merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan juga sedikit kawasanpaya air tawar. Belangkas selalunya berada di pesisiran pantai dan ia amat mudah ditangkap kerana ia tidak mengigit. Nampak ganas macam predator, hakikatnya tidak ganas haiwan ini. Nama sainifik belangkas adalah 'tachlypeus gigas', ia berasal dari keluarga Limulidae.

Belangkas merupa artopod laut disebakan fizikalnya yang mempunyai rangka luar seperti 'helmet askar' , bersendi dan juga mempunyai ekor panjang yang tajam. Seekor belangkas dewasa boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan mempunyai imunisasi yang lengkap.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pepatah melayu ada sebut 'bagai belangkas' yang bermaksud lelaki dan wanita asyik berdua duaan ke mana sahaja. Memang sama pon macam belangkas, ia memang suka berkepit dengan pasangannya macam gambar diatas.

Boleh tak kita makan belangkas? Apa hukumnya?

Merujuk kepada laman sesawang mufti Wilayah Persekutuan, kita akan dapat jawapan tentang hukum memakan daging/isi dan telur belangkas. Mari kita lihat keputasan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas.


Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hukum memakan belangkas, anda boleh rujuk laman sesawang mufti wilayah persekutuan.

Belangkas ni sesuai untuk dibakar/dipanggang, ada juga yang menyediakan asam pedas belangkas,sambal tumis belangkas dan juga masak lemak belangkas. Namun begitu anda harus diingatkan terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria anda (pening/loya) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan mestilah belajar dari orang yang pandai menyediakannya.

belangkas bakar1 39

Belangkas yang dipanggang atas bara yang panas membara.

belangkas bakar 652

Belangkas bakar

Satu lagi keistimewaan balangkas adalah darahnya berwarna biru. Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia berbanding hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiznya yang lebih besar.

Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut. Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.

darah belangkas

hukum makan belangkas 2

hukum makan belangkas




Hakcipta iluminasi.com (2017)