Oleh pada 07 Dec 2017 kategori

Seorang bayi lelaki yang telah diisytiharkan mati telah dijumpai masih hidup di dalam beg plastik semasa sedang dibawa untuk upacara pengebumiannya.

Bayi pramatang itu dilahirkan bersama pasangan kembarnya di Hospital Max di Delhi, India pada 30 November baru-baru ini. Pasangan kembarnya, seorang bayi perempuan telahpun lahir mati.

sekadar gambar hiasan bayi mati hidup semula

(Gambar sekadar hiasan)

Bayi lelaki itu disahkan meninggal selepas mengalami aritmia, keadaan di mana jantungnya berdenyut secara tidak normal dan perlu menggunakan bantuan mesin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semasa dibawa di dalam bungkusan beg plastik menuju ke tempat upacara pengebumian, datuk bayi tersebut mendapati terdapat pergerakan di dalam bungkusan itu. Datuk yang terkejut itu segera membuka penutup dan mendapati bayi itu masih bernafas.

bayi disahkan mati kemudian hidup semula india 2

Pihak keluarga kemudian berkejar ke hospital dan doktor mengesahkan bayi masih hidup. Keadaannya, walau bagaimanapun, masih kritikal dengan jangkitan yang kronik dan kini berada dalam wad ICU.

Wakil hospital pada awalnya mengatakan tidak ada isu kecuaian dari pihak mereka dan menganggap kejadian ini adalah satu keajaiban. Namun, tidak lama selepas itu kedua-dua doktor terlibat telahpun diberhentikan kerja serta-merta. Walaupun begitu, tindakan tegas itu diambil bukan kerana mengakui kesilapan, sebaliknya merupakan tanda komitmen hospital kepada standard penjagaan kesihatan yang tinggi.

bayi disahkan mati kemudian hidup semula india satyendar jain

Sementara itu, Satyendar Jain, Menteri Kesihatan Negeri menerusi akaun Twitternya berkata kejadian ini merupakan suatu jenayah kecuaian yang mengejutkan.

Sought a report on shocking criminal negligence byMaxHospitalShalimar Bagh & directed Dept to conduct a inquiry into this unacceptable act
— Satyendar Jain (@SatyendarJain) December 1, 2017

Syukur bayi itu tak apa-apa dan belum sempat dibakar.

Sumber: Indian Express




Hakcipta iluminasi.com (2017)