baru dilancarakan 2 hari lagu baru fattah terima 125 ribu tontonan

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube dua hari lalu, muzik video lagu terbaru Fattah Amin bertajuk 1234U menerima jumlah tontonan lebih 125 ribu kali!

Pertaruhan kedua Fattah selepas single Wanita Terakhir itu masih mengekalkan sentuhan komposer dan penulis lirik yang sama iaitu Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Lagu berentak rancak ini bakal dimuatkan dalam soundtrack telefilem terbaharu berjudul Wanita Terindah, lakonan bersama aktres Fazura.

Muzik video 1234U antara lain turut menampilkan penampilan istimewa Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika, berserta sedutan-sedutan menarik daripada telefilem berkenaan.

Sebelum tayangan perdana di laman Youtube, Fattah terlebih awal memuat naik petikan pendek muzik video tersebut di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberitahu mereka tidak sabar menantikan versi penuh video berkenaan.  

Sedutan pendek itu sahaja sehingga kini telah meraih lebih 119 ribu tontonan.

Majoriti peminat memberikan reaksi positif di laman Youtube dan beranggapan ia bukan sahaja sebuah lagu rancak yang baik, malah 'comel'!

"Lagu-lagu sebelum ini semua sedih... Tapi lagu 1234U ini dapat rasa hati gembira Fattah," tulis Nurjessica Afiqah di laman Youtube.

"Merecik betul muzik video. Lagu sedap semua 'handsome' dan comel, dengar lagu ini badan pun automatik bergoyang. Rasa di awangan," komen Esya Reesa pula. 

"Lagu ini comel sangat. Kalau boleh perform di majlis anugerah. Boleh bayang ada step menarik sedikit," kata Blossom April. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)