Kredit foto: Harian Metro


Kerana kekurangan tawaran berlakon selama tiga tahun akhirnya memaksa pelakon Balkisyh Semundur untuk membuka gerai di tepi jalan demi menyara perbelanjaan keluarganya.

Gerai yang menawarkan nasi ayam kukus dan laksa utara sebagai menu utama itu baru sahaja beroperasi sekitar dua minggu lalu. 

balkisyh buka gerai tepi jalan kerana tiada tawaran berlakon 2

Kredit foto: Astro Gempak

Saya pun tidak tahu di mana silapnya sehinggakan saya tiada tawaran berlakon selain drama Mak Cun sejak tiga tahun lalu. Tahun pertama itu saya boleh bertahan lagi, tetapi masuk tahun ketiga saya memang perlu bangkit dan fikirkan sesuatu kerana saya sudah berkeluarga dan ada anak untuk saya perlu menampung kos perbelanjaan harian. Jadi saya ambil keputusan untuk membuka gerai tepi jalan di Wangsa Maju dengan menjual nasi ayam kukus dan laksa utara. Ia baru sahaja mula beroperasi sejak dua minggu lalu dan saya gembira kerana ia mendapat sambutan. 

Sumber: Astro Gempak

Kenyataan tersebut dibuat beliau ketika ditemui di majlis pelancaran Mak Cun Mart di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.  

Mengulas wataknya dalam drama bersiri Mak Cun, Balkisyh melahirkan rasa gembira kerana watak tersebut berjaya menggilap bakatnya sebagai seorang pelakon komedi. 

Namun dari sisi negatif, beliau mengakui watak itu juga sedikit sebanyak membunuh keriernya kerana tidak mendapat sebarang tawaran watak lain. Balkisyh mendakwa karakter watak tersebut begitu kuat dan bagai sudah menjadi identitinya. 

balkisyh buka gerai tepi jalan kerana tiada tawaran berlakon 3

Kredit foto: edtv-zahidizakariya.blogspot.my

Watak komedi saya dalam Mak Cun memang paling menyerlah dan dikenali tetapi saya sedar ia beri kesan buruk pula apabila saya tidak diberi watak lain kerana watak Atul itu benar-benar melekat dengan saya. Bahkan, selama tiga tahun ini saya tidak mendapat apa-apa tawaran berlakon dari produser lain.

Sumber: Astro Gempak 

Kepada yang merindui kemunculan Balkisyh di kaca televisyen, nantikan drama bersiri Mak Cun musim ketiga yang akan ke udara mulai 20 April ini di TV3.




Hakcipta iluminasi.com (2017)