Kredit gambar : MalaysianDefence

Pada pertengahan tahun 2017, mereka yang mengikuti berita ketenteraan mendapat satu berita yang sangat mengejutkan komuniti mereka - seorang penembak jarak jauh dari tentera Kanada yang bertugas di Asia Tengah, telah berjaya membunuh sasarannya pada jarak lebih 3.5 km.

Mangsanya adalah seorang ahli pasukan ISIS. Kejayaan tembakan itu memadamkan rekod yang dipegang sebelum itu oleh seorang tentera pasukan khas Komando Australia di Afghanistan, yang berjaya menembak mangsa pada jarak 2,815 m.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tembakan oleh penembak jarak jauh yang tidak dinamakan itu, melebihi adalah dalam jarak 3,540 m lebih 650 meter daripada rekod lama; dianggap mustahil untuk dilakukan oleh mereka yang mahir dalam bidang ini. Bagaimanapun, begitulah yang berlaku.

Matematik disebalik tembakan jarak jauh

bullet drop askar kiraan

Dua orang penembak jarak jauh yang identitinya dirahsiakan, ditugaskan untuk menyertai Joint Task Force 2, sebuah unit di bawah unit elit tentera Kanada. Kejayaan mereka melakukan tembakan itu dari jarak 3,540 m yang dilakukan dari lokasi bumbung sebuah bangunan tinggi, mengambil masa selama 10 saat keseluruhannya - dari waktu picu ditarik sehinggalah peluru mengenai sasaran. Senjata yang mereka gunakan buatan McMillan TAC-50.50, sebuah senapang jarak jauh berkaliber berat.

Untuk memahami kesukaran tembakan dari jarak sedemikian rupa, kita perlu memahami perkiraan di sebalik tembakan itu. Sebiji peluru daripada tembakan itu mampu terbang sejauh 8 km jaraknya, namun faktor luaran seperti graviti, kelajuan dan arah angin, ketinggian, tekanan udara, kelembapan malahan kesan lengkungan Coriolis juga perlu diambil kira semasa peluru terbang di udara. Sebuah pasukan penembak perlu mengambil kira semua ini semasa melakukan tembakan.

Faktor utama yang mempengaruhi setiap tembakan, adalah tarikan graviti. Ini kerana peluru akan sentiasa kehilangan tenaga selepas dilepaskan dan mula dipengaruhi graviti yang menariknya. Semakin perlahan peluru, semakin kuat tarikan graviti akan menurunkannya ke bumi. Faktor ini dalam tentera dinamakan sebagai 'tahap kejatuhan peluru', (bullet drop) dan tetap menjadi faktor paling besar, walaupun peluru sekuat mana pun digunakan.

Dalam tembakan yang dilakukan, peluru akan terbang sepantas 940 kaki satu saat dan akan menjunam 2 inci setiap satu kaki pergerakan ke depan. Semakin jauh jarak terbang peluru, semakin besar jarak junamannya setiap kaki.

Teknik melengkungkan peluru dalam jarak ekstrim

macmillan tac 50 sniper

Pada jarak yang sangat jauh, angin memainkan peranan yang sangat besar. Oleh kerana jarak sasaran layak dikatakan agak ekstrim, penembak perlu memalingkan sasaran mengikut arah angin bertiup. Ini bagi memastikan angin dapat menolak peluru mengikut perkiraan yang ada. Sebagai contoh, pada jarak 350 m, sebutir peluru .50 kaliber akan ditolak sebanyak 2.5 inci daripada sasarannya sekiranya ada angin yang berkelajuan 8km/j.

Pada jarak 3,540 m? Penembaknya perlu berpaling lebih 366 inci mengikut arah angin daripada sasaran, dalam memastikan peluru akhirnya sampai ke destinasi.

sniper malaysia penembak jarah jauh malaya

Beberapa faktor lain akan mempengaruhi tembakan yang dilakukan. Tekanan udara khasnya apabila penembak berada ditempat tinggi, suhu dan kelembapan merupakan antara faktor yang boleh diabaikan apabila sasaran hanya berada pada jarak kurang 450 m. Bagaimanapun semua itu memainkan peranan yang besar apabila jarak tembakan perlu melangkaui 3,500m.

Dengan menggunakan peralatan seperti pengesan angin, pembaca barometer serta informasi tentang keadaan cuaca hari itu, penembak dan pembantunya (spotter) akan melakukan perkiraan bergantung kepada kondisi yang akan mereka hadapi. Selain itu, waktu operasi juga memerlukan perkiraan yang berbeza-beza.

Operasi pada waktu pagi sudah pastilah berbeza berbanding operasi di waktu tengahari, siang juga sudah pastilah berbeza daripada malam.

Medan graviti bumi memesongkan peluru mengikut arah magnetik

the coriolis effect kesan paksi bumi rotation

Kedudukan seorang penembak dan kawasan geografinya juga menentukan keberkesanan tembakan, berikutan kewujudan kesan Coriolis yang melengkungkan peluru mengikut kedudukan hemisfera bumi. Sekiranya seseorang penembak berada di hemisfera utara, peluru beliau akan melengkung ke arah kanan dan sebaliknya, seandainya dia ditempatkan di hemisfera selatan - peluru akan terbang dengan lengkungan ke kiri.

Kualiti senapang yang digunakan juga memainkan peranan yang sangat besar, dengan senapang McMillan TAC-50 yang mereka gunakan - merupakan antara senapang penembak jarak jauh terbaik yang ada ketika ini.

Kelongsong peluru yang bagus, tetap akan memesongkan peluru sebanyak 10 inci ke kanan pada jarak 915m. Faktor ini yang dinamakan sebagai 'luncuran pusingan' atau 'spin-drift' memaksa semua penembak jarak jauh untuk memperbetulkan tembakan mereka, seandainya mereka diperlukan untuk menembak lebih daripada 900m. Untuk 3,500m ke atas? Banyak juga biasa yang perlu diperbetulkan.

Dalam melakukan tembakan yang memecah rekod sasaran jarak jauh pernah dicatat sebelum ini, pasukan penembak Kanada itu perlu mengambil kira semua faktor yang kami senaraikan di atas. Sedikit kesilapan kecil akan menyebabkan peluru menyimpang dari sasaran - dan kejayaan melakukan tembakan dari jarak 3,540m yang belum pernah dilakukan sesiapa sebelum itu, menjadi bukti kemahiran dua tentera itu bekerjasama.

Dalam satu tembakan dari jarak 3,540 m, tembakan perlu mengenai seorang lelaki dewasa yang secara purata mempunyai bukaan badan hanya 24 inci. Itu bukan satu saiz yang besar daripada jarak sejauh itu. Untuk memecahkan rekod lama dengan mencipta satu rekod baru yang jauh berbeza catatannya - ia merupakan satu pencapaian yang hebat dan mungkin sukar untuk dipecahkan berdekad lamanya.


Artikel ini merupakan terjemahan dan olahan semula artikel Gun History: How a Sniper Killed an ISIS Fighter From 3,871 Yards Away yang diterbitkan pada 18 Disember 2019.




Hakcipta iluminasi.com (2017)