rekod jarak tembakan paling jauh sniper

Dalam sesuatu pasukan ketenteraan, seorang penembak tepat jarak jauh atau sniper merupakan aset yang sangat penting. Kepakarannya amat ditagih untuk memastikan kedudukan musuh sama ada untuk tujuan defensif ataupun ofensif.

Pernahkah anda tertanya, berapakah jarak sasaran yang boleh d tembak oleh seoranng sniper?

Jawapan bagi persoalan ini amatlah subjektif memandangkan ketepatan tembakan seseorang penembak tepat itu bergantung pada pengalamannya, teknologi senjata yang digunakan, arah tiupan angin, suhu dan beberapa faktor lain.

Menariknya, senarai sniper yang membuat tembakan paling jauh dan mengenai sasaran ini sememangnya wujud. Senarai ini mula dikumpul dan diterbitkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat pada tahun 1967 ketika Perang Vietnam.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi senarai 7 tembakan penembak tepat paling jauh yang pernah direkodkan. Dengan penciptaan teknologi yang semakin canggih, tidak mustahil rekod-rekod ini boleh dipecahkan lagi pada masa akan datang.

1. *Nama dirahsiakan (Kanada) 

pemegang rekod sniper paling jauh

Pemegang rekod terkini untuk tembakan penembak tepat paling jauh yang mengenai sasaran dalam sejarah adalah penembak tepat yang namanya tidak didedahkan daripada Joint Task Force 2, sebuah unit Angkatan Kanada yang berjaya berjaya membunuh penembak tepat musuh pada jarak 3540 m pada Mei 2017 semasa perang di Iraq.

Tembakan ini dibuat menggunakan senjata McMillan TAC-50 yang dilepaskan pada kedudukan lebih tinggi daripada sasarannya. Peluru itu mengambil masa 10 saat untuk mencapai sasarannya dan bergerak pada kepantasan 1274km/j, lebih cepat daripada jet komersial seperti Boeing 747.

2. *Nama dirahsiakan (Australia) 

barrett m82a1 50

Barrett M82A1 50

Berada pada kedudukan kedua dalam senarai ini adalah seorang penembak tepat yang identitinya turut tidak didedahkan. Individu ini berasal Rejimen Komando ke-2 Australia dan berjaya menembak sasarannya pada jarak 2815 m.

Tembakan ini dibuat menggunakan senjata Barrett M82A1 50. Tembakan yang dilepaskan ini berjaya mengenai sasarannya iaitu seorang Komander Taliban sewaktu perang di Afghanistan pada tahun 2012. 

3. Carlos Harrison (British)

sniper terbaik dunia

Carlos Harrison adalah bekas Koperal dalam regimen berkuda Tentera British yang dikenali sebagai Blues and Royals. Beliau berkhidmat dalam pasukan Tentera British dan dihantar menyertai beberapa kempen peperangan antaranya Perang Iraq, Perang Afghanistan dan Perang Bosnia.

Namun, Carlos Harrison terkenal kerana khidmatnya dalam Perang Afghanistan pada bulan November 2009 dimana beliau berjaya melakukan pembunuhan terjauh dalam sejarah Tentera British. Semasa perang, Carlos Harrison yang dikerahkan di daerah Helmand membunuh dua lelaki bersenjata Taliban pada jarak 2475 m menggunakan senapang jarak jauh Accuracy International L115A3 miliknya.

4. Rob Furlong (Kanada) 

perang afghanistan

Rob Furlong adalah seorang penembak hendap Kanada yang telah bersara yang dahulunya memegang rekod pembunuhan terjauh dalam sejarah tentera Kanada dengan jarak pembunuhan sejauh 2430 m.

Furlong dikerahkan ke Afghanistan di bawah Operasi Anaconda di mana Beliau dan pasukannya bertempur melawan Al-Qaeda. Semasa salah satu misi mereka di Lembah Shah-i-Kot di Afghanistan, Rob Furlong berjaya menyerang seorang pejuang Al-Qaeda dengan menggunakan senapang jarak jauh McMillan Brothers Tac-50 dari jarak 2,430 m.

5. Arron Perry (Kanada)

sniper paling hebat

Arron Perry adalah bekas Master Koperal Kanada yang bertugas dengan Angkatan Tentera Kanada. Beliau berjaya melakukan tembakan membunuh pada jarak 2310 m. Beliau dikerahkan ke Afghanistan di mana beliau dan pasukannya terlibat dalam Operasi Anaconda.

Pada bulan Mac 2002, ketika masih di Afghanistan, Arron Perry dan pasukan penembak tepatnya memerangi Al-Qaeda dan beliau berjaya membunuh seorang musuhnya dari jarak 2310 m menggunakan senapang jarak jauh McMillan Brothers Tac-50 miliknya.

6. Brian Kremer (Amerika Syarikat)

rekod sniper paling jauh

Sarjan Bryan Kremer memegang rekod sebagai penembak tepat mengenai sasaran paling jauh oleh seorang tentera Amerika Syarikat. Beliau membunuh seorang pemberontak Iraq dengan senapang Barrett M82A1 dari jarak 2300 meter pada tahun 2004.

Brian Kremer merupakan anggota Batalion Renjer ke-2, Rejimen Renjer ke-75, Tentera Darat Amerika Syarikat. Rekod yang dicatatkan pada Oktobr 2004 ini masih kekal sehingga ke saat ini sebagai tembakan terjauh yang dilakukan oleh angota tentera Amerika Syarikat.

7. Carlos Hathcock (Amerika Syarikat)

rekod penembak tepat

Carlos Hathcock adalah bekas penembak tepat yang bertugas di Kor Marin Amerika Syarikat. Carlos Hathcock terkenal dengan perkhidmatannya semasa Perang Vietnam di mana beliau dikreditkan dengan 93 pembunuhan yang disahkan.

Pada bulan Februari 1967, Carlos Hathcock telah berjaya menembak tepat seorang pejuang musuh dari jarak 2,286 m menggunakan senapang mesingan M2 Browning dan mencatat rekod pembunuhan sniper terjauh yang bertahan selama 39 tahun sehingga dipecahkan oleh Arron Perry pada tahun 2002.

Kredit:

  1. BBC News
  2. Daily Telegraph
  3. We Are The Mighty


Hakcipta iluminasi.com (2017)