Bumi adalah sebuah tempat yang sangat rumit.

Terdapat ramai di antara kita yang berkongsi planet ini bersama-sama dan amat sukar untuk kita memahami setiap manusia dan apa kepercayaan masing-masing.

Kita mungkin mengenali ahli keluarga, rakan dan kenalan, tapi bagaimana dengan seluruh umat manusia?

Untuk lebih memahami, kita cuba untuk kurangkan seluruh penduduk dunia daripada 7.5 bilion orang kepada hanya 100 orang dan kekalkan masyarakat kecil kita yang terdiri daripada 100 orang sama seperti dunia nyata seperti sekarang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dibahagikan kepada jantina, 100 orang penduduk dunia akan terbahagi sama rata antara 50 lelaki dan 50 wanita.

Kebanyakan daripada mereka ini tinggal di Asia iaitu seramai 59 orang, berbanding dengan 16 orang yang tinggal di Afrika, 10 orang tinggal di Eropah, 8 orang di Amerika Utara, hanya 6 di Amerika Selatan dan hanya seorang sahaja yang tinggal di Australia dan Oceania.

bagaimana jika bumi hanya ada 100 orang

19 daripada populasi Bumi adalah warganegara China dan 18 lagi adalah warganegara India.

Hanya 4 orang warganegara Amerika Syarikat, 3 orang Brazil, 2 orang Rusia dan 1 orang Jerman. Baki 53 orang yang lain adalah warganegara 187 negara lain di seluruh dunia.

Kebanyakan daripada mereka agak muda, dengan 9 orang berusia di antara 0 dan 4 tahun, 17 orang berusia di antara 5 dan 14 tahun dan 16 orang di antara 15 dan 24 tahun.

16 orang lagi berumur antara 25 dan 34 tahun, yang bermakna 58 orang daripada populasi Bumi berumur 35 tahun ke bawah.

20 orang berusia antara 35 dan 49 tahun, hanya 14 orang berusia 50 hingga 64 tahun dan baki 8 orang lagi berusia 65 tahun ke atas.

Apabila kita bercakap mengenai agama dalam populasi Bumi seramai 100 orang ini, 31 daripadanya beragama Kristian, 23 orang beragama Islam, 15 orang beragama Hindu, 7 orang adalah penganut Buddha, 9 orang menganut lain-lain agama dan baki 15 orang lagi tidak mempunyai agama.

statistik manusia di bumi jika hanya 100 orang

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang paling banyak digunakan di dunia dengan 12 daripada 100 orang memahaminya, dua kali ganda bilangan pengguna bahasa Sepanyol dengan 6 orang.

5 orang berbahasa Inggeris, 4 orang berbahasa Hindi, 3 orang berbahasa Arab, Bengali dan Portugis, 2 orang berbahasa Rusia dan Jepun manakala 60 orang lagi berbahasa lain-lain yang ada di dunia. 

Kebanyakan daripada mereka boleh membaca dan menulis, dengan 86 orang memiliki dua kebolehan ini namun masih terdapat 14 orang yang buta huruf.

Dari segi celik huruf berdasarkan jantina, 45 lelaki adalah celik huruf dan 5 yang lain tidak, manakala 41 wanita celik huruf dan baki 9 lagi tidak. 92 orang mempunyai akses kepada air minuman bersih dan baki 8 orang lain tidak.

Daripada keseluruhan populasi Bumi, 62 orang mempunyai berat yang sihat tetapi 11 orang kekurangan zat serta seorang kelaparan. Baki 26 orang lagi mempunyai masalah berat badan dan 8 daripadanya obesiti.

populasi manusia 100 orang di bumi

21 orang tidak mempunyai rumah yang sesuai untuk melindungi mereka dan seorang adalah gelandangan. Baki 78 yang lain mempunyai rumah yang baik.

Hanya 60 orang mempunyai akses kepada tandas dan 40 orang lagi tidak. Daripada 40 orang ini, 15 orang masih membuang air besar di tempat awam.

54 daripada 100 orang tinggal di bandar dan baki 46 orang di luar bandar. 9 orang menganggur dan 91 orang lagi sama ada bekerja di pejabat atau bekerja sendiri.

1 daripada 100 orang dijangkiti HIV/AIDS dan 5 orang lagi dijangkiti penyakit kelamin. 58 orang telah berkahwin dan 42 yang lain tidak. Purata umur wanita yang berkahwin adalah 29 tahun dan 32 tahun bagi lelaki.

statistik manusia di bumi jika hanya 100 penduduk 277

Dari segi merokok, 15 orang mempunyai tabiat ini dan 85 yang lain tidak.

Apa yang menarik adalah jumlah mereka yang memiliki kereta adalah sama dengan yang merokok, iaitu 15 orang dan 85 orang lagi tidak.

Tangan dominan bagi 90 orang adalah tangan kanan dan 10 yang lain adalah kidal.

73 orang telah atau sedang menunggu untuk tamat sekolah menengah sementara 27 yang lain tidak atau tidak berniat berbuat demikian.

Dari segi pendidikan tinggi, hanya 7 orang memiliki ijazah sarjana muda dan 93 yang lain tidak. Namun, ini tidak menghalang orang daripada memiliki telefon pintar.

bagaimana jika bumi hanya ada 100 orang 2

80 orang merupakan pemilik gajet canggih ini dan hanya 20 orang sahaja tidak mempunyai telefon pintar. Ini bermakna lebih ramai orang memiliki telefon pintar berbanding mempunyai akses ke tandas.

Malah, jumlah orang yang mempunyai akses internet lebih rendah daripada mereka yang memiliki telefon pintar, dengan 42 orang mempunyai internet dan 58 lagi tidak.

Bercakap tentang akses internet, 26 daripada 100 orang penduduk Bumi mempunyai profil Facebook, 17 orang mempunyai profil Youtube dan 4 daripadanya menggunakan Twitter sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Dan mungkin perbezaan yang paling menonjol dalam kumpulan 100 orang penduduk Bumi ini adalah pengagihan wang dalam kalangan mereka.

71 orang mempunyai kekayaan kurang daripada USD10,000 (RM41,300), dan 12 daripada 71 orang ini hidup dengan kurang daripada USD2 (RM8.60) sehari.

manusia terkaya di dunia 678

21 orang lagi mempunyai kekayaan antara USD10,000 dan USD100,000 (RM41,300 dan RM413,000). Dan hanya 7 orang daripada penduduk Bumi memiliki wang antara USD100,000 dan USD1,000,000 (RM413,000 dan RM4,130,000).

Manaka seorang lagi daripada penduduk Bumi ini sahaja yang memiliki kekayaan melebihi USD1 juta, namun dia jauh lebih kaya daripada itu. Manusia tunggal ini memiliki 50% daripada semua wang yang ada di dunia.

9 lagi manusia kaya di bawah individu terkaya ini memiliki 35% daripada wang di dunia, yang  bermakna hanya 10 orang mereka ini sahaja yang mengawal 85% daripada wang dalam masyarakat Bumi.

Lagi 20 orang mengawal 12% daripada bekalan wang global dan dengan ini, majoriti manusia iaitu seramai 70 orang yang lain hanya mengawal 3% daripada wang dunia.

Hanya seorang daripada 100 orang penduduk Bumi merupakan pelarian atau diusir daripada rumah.

Dari segi nama, terdapat 2 orang daripada keseluruhan penduduk Bumi yang bernama Muhammad.

Walaupun jumlah ini kelihatan seperti sedikit, namun ia merupakan nama paling banyak digunakan di dunia.

Jika di terjemahkan kepada 7.5 bilion orang, terdapat lebih dari 150 juta orang bernama Muhammad.

Rujukan:

1. Statistic 100

2. Bagaimana Jika Populasi Manusia Di Bumi Hanya 100 Orang?

3. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)