Apabila memperkatakan mengenai bandar Dubai, pastinya kita terbayangkan bangunan pencakar langit Burj Khalif dan pelbagai projek mega yang tersergam indah di sana. Selain itu, penduduknya juga digambarkan sangat kaya raya sehinggakan kereta berjenama mewah boleh ditemui dimana-mana sahaja.

Itu semua sememangnya benar. Keindahan-keindahan inilah yang selalunya dikongikan pihak media antarabangsa ke serata dunia. Maka, tidak hairanlah ramai yanng mengimpikan untuk berkunjung ke sini..

BESARKAN TEKS     A-  A+

Realitinya, kehidupan di bandar ini tidaklah seindah yang disangka. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa sisi gelap bandar Dubai yang jarang diperkatakan di media-media arus perdana.

1. Jurang kemiskinan besar

kekayaan dubai 584

Sheikh Maktoum yang membuka Dubai selepas pengunduran British dari kawasan ini telah berjanji membangunkan Dubai dengan memperkenalkan polisi tanpa cukai. Tawaran ini telah menarik minat ramai orang luar atau ekspatriat untuk menjadikan Dubai sebagai rumah mereka.

Kebanyakan kemewahan yang dipaparkan di media massa adalah rakyat tempatan yang hidup kaya raya. Namun, populasi mereka di Dubai hanyalah meliputi 11% daripada keseluruhan penduduk ini. Secara umumnya, penduduk Dubai dapat dikategorikan kepada 3 kelompok.

Kelompok pertama adalah kelas idealistik, iaitu Emiratis tempatan yang kaya raya. Mereka dapat dikenalpasti mudah melalui kereta mewah yang dipandu dan haiwan-haiwan eksotik yang dijadikan haiwan peliharaan. Haiwan eksotik sebagai haiwan peliharaan adalah haram di UAE, namun meruapakan pemandangan biasa di kalangan orang kaya ini.

Kemudian terdapat lapisan kedua pekerja asing kaya yang menjana ekonomi negara. Antara mereka ini adalah para CEO, pengurus bank, ketua projek, pemilik bisnes dan seumpamanya yang biasanya boleh ditemui melepak di di bar pada waktu malam untuk membincangkan senario politik negara asal mereka sambil menikmati minuman.

Lapisan ketiga adalah pekerja asing yang miskin yang jarang dibincangkan. Mereka  dikerah bekerja secara shif 12 jam di tapak pembinaan di tengah padang pasir pada suhu 50 darjah selsius. Tetapi mereka inilah orang-orang yang telah memberikan Dubai imej mewahnya di mata dunia.

2. Sindiket penipuan pekerjaan

pekerja dubai

Kerana Dubai dilihat sebagai bandar yang dipenuhi oleh orang-orang kaya, ramai orang luar beranggapan mereka akan mudah menjadi kaya apabila memperoleh pekerjaan di sini. Akibatnya, ramai yang terperangkap dengan sindiket penipuan pekerjaan yang kononnya menawarkan gaji lumayan.

Sahinal Monir, seorayn pemuda 24 tahun dari Bangladesh mengatakan bahawa Dubai digambarkan bagai syurga dunia, namun apabila sampai ke bandar ini barulah dia sedar Dubai umpama neraka. Semua yang dilihat di media adalah palsu semata-mata.

Empat tahun yang lalu, seorang ejen pekerjaan tiba di kampung Sahinal di Bangladesh. Dia memberitahu orang-orang kampung bahawa ada tempat di mana mereka dapat memperoleh 40,000 takka sebulan (£400) hanya untuk bekerja daripada 9 pagi hingga 5 petang dalam projek pembinaan.

pekerja buruh tapak pembinaan

Ejen tersebut mengatakan mereka akan diberi tempat tinggal yang selesa, makanan yang enak, dan dilayan dengan baik. Yang harus mereka lakukan hanyalah membayar bayaran pendahuluan sebanyak 220,000 takka (£ 2.300) untuk visa kerja - jumlah yang akan mereka dapat semula dalam enam bulan pertama dengan mudah.

Jadi Sahinal menjual tanah keluarganya dan mengambil pinjaman dari pemberi pinjaman tempatan untuk menuju ke "syurga" ini. Sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang Dubai, pasportnya diambil oleh syarikat pembinaannya.

Dia diberitahu bahawa mulai saat itu dia akan bekerja selama 14 jam di gurun panas - di mana pelancong barat dinasihatkan untuk tidak tinggal di luar walaupun lima minit pada musim panas kerana suhunya boleh mencecah 55 darjah. Dia hanya dibayar dengan gaji 500 dirham sebulan (£ 90), kurang dari seperempat gaji yang dijanjikan kepadanya.

3. Diskriminasi pekerja bawahan

sisi gelap dubai 502

Akibat pembangunan pesat, anda boleh melihat di mana sahaja pekerja berpakaian baju biru yang bekerja di tapak pembinaan di sekitar bandar ini. Namun, mereka dianggap seolah-olah tidak wujud.

Setiap petang, ratusan ribu pekerja yang membina Dubai dibawa dari tapak kerja mereka ke penempatan setinggan yang terletak kira-kira satu jam perjalanan di luar bandar di mana mereka dikuarantin.

Beberapa tahun yang lalu mereka akan berulang-alik menaiki trak tetapi para ekspatriat mengeluh bahawa keadaan ini mewujudkan pemandangan tidak menyenangkan jadi sekarang mereka akan dihantar ke tempat kerja dan pulang semula ke tempat tinggal dengan bas.

sisi gelap dubai 765

Kira-kira 300,000 lelaki tinggal di situ, di tempat yang namanya dalam bahasa Hindi bermaksud "Kota Emas". Kerana ramainya penduduk di sini, baunya seperti di pusat kumbahan di tambah bau peluh pekerja. Tiada penghawa dingin mahupun kipas.

Pekerja ditempatkan di sebuah sel konkrit yang kecil dengan tempat tidur tiga tingkat yang memuatkan sehingga 12 orang pekerja dalam satu bilik.

4. Pusat hiburan dewasa

hiburan di dubai

Jika taman tema Disneyland adalah tempat hiburan untuk kanak-kanak, Dubai pula umpama Disneyland untuk orang dewasa. Apabila matahari tidak lagi kelihatan, maka terlihatlah pusat-pusat hiburan dan bar. 

Gaji lumayan yang diperoleh oleh pekerja ekspatriat membolehkan mereka membeli kediaman mewah dan berhibur bebas. Berparti sudah menjadi kebiasaan. Wanita berpakaian seksi juga boleh dilihat bebas merata-rata. Seolah-olah bandar ini bukanlah diperintah oleh seorang pemimpin Muslim.

Kredit:

  1. Daily Mail
  2. The Independent
  3. News Australia



Hakcipta iluminasi.com (2017)