Oleh pada 20 Mar 2024 kategori

Setiap tahun tibanya bulan Ramadan, masyarakat Islam di negara kita akan mula meraikannya dengan ibadah puasa dan juga bermulanya tradisi bazar Ramadan pada petang hari.

Memang meriah negara kita sebulan walaupun majoriti antara kita terpaksa menempuh hari dengan sabar, menahan diri daripada makan dan minum. Kemunculan Ramadan juga menyebabkan beberapa istilah yang dulunya suram, kembali menjadi sebutan bukan saja dalam dunia nyata bahkan dalam media sosial.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada banyak istilah yang popular sempena Ramadan, kerap ditulis menggunakan kaedah yang tidak tepat dan malangnya, diikut-ikut sehingga menjadi kebiasaan. Apa kata kita sama-sama perbetulkan kembali apa yang tak kena, mana tahu Ramadan kita jadi lebih bermakna.

1. Ramadan

bazar ramadan salah ejaan

Bagaimana nak mengeja 'Ramadan'? Variasi popular yang dieja dengan kesilapan biasanya ditulis sebagai 'Ramadhan.'

Ejaan itu memang pernah diamalkan satu ketika dulu, sebelum pihak Dewan Bahasa Pustaka meringkaskan ejaannya kepada 'Ramadan' dan istilah ini digunakan sejak tahun 1975 lagi.

2. Martabak

kesalahan ejaan ramadan

Kami yakin sekiranya anda ke bazar Ramadan hari ini, ramai peniaga yang menjual martabak akan menamakan barangan jualan mereka sebagai 'murtabak.'

Ejaan ini salah! Ejaan yang betul dan sebutan yang berbeza adalah 'mArtabak' merujuk kepada makanan spt roti canai berĀ­lapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang dan sebagainya.

3. Daging Cencang

daging cencang

Alang-alang dah tersebut, perasan tak ejaan 'cencang' di atas? Haa! Selama ini ramai yang ingatkan ramuan asas dalam roti john adalah 'daging cincang', tetapi kaedah tulisan dan sebutannya yang betul adalah 'daging cencang.'

Petang ni bolehlah cuba minta 'daging cencang' lebih sikit dekat peniaga bazar. Mesti dia buat muka pelik dengar permintaan anda.

4. Bazar Ramadan

kesalahan ejaan setiap kali gamadan

'Bazar' adalah salah satu pinjaman bahasa Parsi ke dalam bahasa Melayu, yang merujuk kepada lokasi atau kawasan berjual beli. Ramai yang keliru di antara ejaan rasmi Inggeris dengan bahasa Melayu. Mari kami perjelaskan.

Dalam bahasa Melayu, 'bazar' ditulis sebagai 'bazar.' Dalam bahasa Inggeris pula? 'Bazaar.'

5. Ayam percik

ayam percik menu ramadan

Untuk memperjelaskan kekeliruan berkenaan istilah percik merujuk kepada ayam percik, kita perlu tahu tiga istilah berbeza.

Yang pertama, recik adalah perbuatan merenjis sesuatu. Perecik pula adalah alat yang digunakan untuk merenjis sesuatu. Percik pula merujuk kepada sesuatu yang telah direnjis dengan bahan tertentu.

Jadi istilah yang betul untuk menu Ramadan popular ialah 'ayam percik'. Masih ada yang menulisnya sebagai 'ayam perecik.'

6. Popia basah

popia menu ramadan salah ejaan

Popia adalah hidangan rekaan masyarakat Cina Teochew, jadi namanya juga diambil daripada bahasa Cina iaitu 'poh piah.'

Secara rasmi, ejaan 'poh piah' dimudahkan kepada 'popia' dalam bahasa Melayu, tidak perlu untuk kita menulisnya sebagai 'popiah'.

7. Bubur lambuk

bubur lambuk lambok

Tiba Ramadan, bubur lambuk kembali menjadi menu yang dicari-cari. Nak mendapatkannya pun tak susah; kita hanya perlu hadir ke masjid yang mengadakan program bubur lambuk. Dapat dua bekas pun dah cukup!

Namanya yang betul adalah 'bubur lambuk' bukan 'bubur lambok', kerana lambuk itu adalah merujuk kepada perbuatan menghancur dan melumatkan - dalam konteks bubur, nasi itu perlu dilumatkan.

8. Kuetiau

kuetiao ejaan paling kerap salah

Setiap kali Ramadan, mesti ramai peniaga meniaga kuetiao goreng yang dimasak dalam kuali besar. Bila dah ramai, cara ejaan kuetiau tu pun pelbagailah.

Ada yang menulisnya kway teow, kuehtiaw, kuetiao dan macam-macam lagi variasi yang dibuat berdasarkan pemahaman kita sendiri-sendiri. Di Indonesia, ejaan rasminya adalah 'kwetiau.'

Yang mana yang betul? 'Kuetiau.' Jangan salah eja ya kalau anda nak meniaga kuetiau.




Hakcipta iluminasi.com (2017)