peristiwa sejarah penting di bulan ramadhan puasa

Ramadan adalah bulan istimewa untuk umat Islama semua kerana pelbagai sebab. Bulan ini mempunyai banyak manfat yang membantu kita memperbanyakkan ibadah kita dan memberi kita peluang terbaik untuk mendekatkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Terdapat beberapa peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan yang mulia ini sepanjang sejara Islam. Di bawah ialah beberapa peristiwa penting yang popular dan kurang popular yang berlaku dalam bulan Ramadan. Adalah penting untuk melihat pengorbanan dan kepayahan yang ditanggung oleh Nabi dan  para sahabat Nabi S.A.W yang soleh yang semuanya membantu memudahkan kita untuk mengamalkan agama kita dengan mudah dan membuka jalan untuk kita tiba di titik ini dalam kehidupan kita.

Kita mesti mengingati perjuangan mereka supaya kita benar-benar dapat menghargai mereka yang mendahului kita. Sama pentingnya juga untuk merenungi mukjizat yang dikurniakan Allah SWT kepada kita di bulan mulia ini.

1. Turunnya wahyu Al-Quran

turunnya al quran

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda”. (2:185)

Ramadan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan. Sebelum kenabian, Nabi Muhammad (SAW) sering ke Gua Hira untuk mencari ketenangan. Di sanalah Malaikat Jibrail (AS) mula-mula datang kepadanya dengan membawa wahyu. Dalam tempoh 23 tahun berikutnya, Nabi (SAW) terus mendapat wahyu sehingga seluruh al-Quran diturunkan. 

2. Lailatul Qadr

lailatul qadr

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (97:1-5)

Lailatul Qadr, juga dikenali sebagai "Malam Kekuasaan," adalah salah satu hari yang paling penting dalam bulan yang diberkati ini. Pada malam ini, suatu ibadah itu lebih baik daripada ibadah selama 1000 bulan.

Tarikh sebenar tidak didedahkan kepada kita, tetapi ramai ulama percaya bahawa hari ini akan jatuh pada salah satu malam ganjil pada 10 hari terakhir Ramadhan. Kita harus berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir ini dan berdoa agar Allah SWT mengizinkan kita menjadi antara orang-orang yang menerima pahala malam ini.

3 Kewafatan Khadijah R.A. dan Abu Talib

makam baqi 219

Kewafatan Khadijah (RA) berlaku 10 tahun selepas wahyu. Beliau adalah isteri tercinta Nabi Muhammad (SAW) selama 23 tahun. Beliau juga adalah orang pertama yang menenangkan Baginda selepas Baginda menerima wahyu. Beliau juga orang pertama yang menerima Islam.

Tidak lama selepas kewafatan Khadijah (RA), Abu Talib, bapa saudara Nabi (SAW) juga meninggal dunia. Pemergian dua orang ini sangat berat bagi Rasulullah SAW. Tahun ini dikenali sebagai "Tahun Kesedihan."

4. Kemenangan dalam Perang Badar

perang badr

Pada 17 Ramadhan, pada tahun kedua Hijrah, Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat berangkat untuk peperangan pertama mereka melawan orang kafir Mekah. Orang yang beriman pada masa itu jauh sedikit banyak daripada bilangan musuh.

Allah SWT menurunkan malaikat untuk membantu umat Islam semasa peperangan ini sehingga mereka beroleh kemenangan. Dalam peperangan ini jugalah Abu Jahal, musuh Nabi (SAW), terbunuh.

5. Penguasaan kota Mekah

penguasaan mekah

Enam tahun selepas Perang Badar, pada tahun kelapan Hijrah, Nabi Muhammad S.A.W. dapat menakluki Kota Mekah dengan aman. Orang-orang Quraisy dan orang-orang Islam telah menandatangani Perjanjian Hudaybiya yang membenarkan orang-orang Islam untuk berziarah ke Kabah dengan aman.

Bagaimanapun, selepas perjanjian itu dibentuk, orang Quraisy melanggar syarat-syarat tersebut, sehingga menamatkan gencatan senjata mereka. Nabi S.A.W. kemudian berangkat dengan 10,000 tentera dan dapat menakluki kota Mekah dengan aman.

Ini adalah titik perubahan bagi umat Islam, baik dari segi politik mahupun rohani. Zaman penyembahan berhala telah dihapuskan dan umat Islam dapat kembali ke Mekah.

Kredit:

  1. Muslim Aid
  2. Muslim Matters


Hakcipta iluminasi.com (2017)