Oleh pada 28 Feb 2017 kategori

Pasti ramai di antara kita semenjak kecil diajar untuk meminta izin daripada 'penunggu' apabila kita tumpang lalu atau tumpang buang air kencing di kawasan hutan, misalnya. "Atuk, cucu tumpang kencing" atau "atuk, anak cucu tumpang lalu" seolah-olah dah jadi mantra kepada kita. Pernahkah kita terfikir kepada siapa kita tujukan ayat yang kita baca itu? Begitulah juga amat kerapnya kita mendengar kisah orang kita diculik masuk ke alam bunian kemudian hilang beberapa hari sebelum muncul semula tiba-tiba.Apakah ada kaitan kedua-dua situasi tersebut?Sebenarnya ada. Kita perlu memahami dahulu satu perkara terlebih dahulu. Siapakah penduduk asal bumi?Penduduk bumi sebelum manusia adalah kaum yang senantiasa bergaduh dan melakukan angkara. Ada disebut di dalam Al-Quran mengenai perkara tersebut dan majoriti Ulama' sepakat menyatakan penduduk bumi sebelum manusia adalah kaum Jin.Sebelum Nabi Adam diturunkan ke bumi, kaum Jin yang menjadi penduduk bumi telah diusir supaya mereka berpindah ke bahagian bukit dan lautan di bumi supaya kaum manusia melalui Nabi Adam a.s dapat menjadi khalifah di bumi.Apa kaitan semua ini dengan bunian atau anak cucu tumpang lalu?Sebenarnya, untuk perlindungan kita, Rasulullah saw. telah pun mengajarkan kita satu doa khas untuk melindungi diri kita daripada gangguan jin di bukit dan di lautan. Doa itu berbunyi; “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya” dan “Ya Allah, aku berlindung pada‐Mu dari bisikan‐bisikan syaitan. Dan aku berlindung pada‐Mu, dari kedatangan mereka padaku.”Amatlah elok diamalkan dua doa tersebut sebelum kita mahu memasuki dua jenis kawasan tersebut untuk mengelakkan gangguan penghuni asal bumi sebelum manusia. Bukannya memohon kebenaran atuk nenek yang kita sendiri tak tahu atuk nenek siapa. Harapnya dengan mengamalkan dua doa ini, kejadian hilang di hutan dan masuk ke alam bunian dapat dielakkan.Hakikatnya, kita berkongsi dunia ini dengan makhluk-makhluk lain yang kita sendiri tidak pasti kewujudannya. Adakah boleh kita menafikan kewujudan makhluk-makhluk lain selain manusia di muka bumi kita? Mereka benar ada.Sebagai umat Islam, amat beruntung kerana kita dibekal ilmu tentang fizikal dunia serta ilmu tentang spiritualnya. Belajarlah bersama-sama semoga kita sama dapat manfaatnya.



Hakcipta iluminasi.com (2017)