Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: kedahnews.com

Gitaris kumpulan popular Bumiputra Rockers (BPR), Awang terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengadu sakit dada sekitar jam 10 malam pada Ahad lepas.

Namun, pemilik nama sebenar Norzaini Mohammad (54 tahun) itu dilaporkan stabil tetapi masih sedang berada dalam pemantauan doktor.

Malah, Awang juga dijangka bakal dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi sekiranya keadaan kesihatannya menunjukkan perubahan positif.

Sementara itu, Awang berharap perkara tersebut tidak terlalu dirisaukan para peminat selain mahu mereka mendoakan supaya dia segera pulih.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)