Oleh pada 16 May 2017 kategori

Kredit foto: beautifulnara.com

Pelakon Ashraf Muslim yang hadir ke acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 30 (ABPBH30) bersama dua orang isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah malam Ahad lepas menjadi bualan hangat di internet.

Majoriti pengguna media sosial melabelkan Ashraf sebagai seorang suami yang bertuah dan sporting kerana 'menyatukan' kedua-dua isterinya untuk hadir bersama pada malam berprestij itu. 

Menurut Ashraf, mereka berdua menemaninya sebagai tanda sokongan kepadanya yang tercalon untuk kategori Pelakon TV Popular setelah 8 tahun tidak tercalon.

Sebelum ini, saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama. Diyana dan Sakina adalah kekuatan dan penyokong utama saya. Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri.


Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya malam ini.

Ternyata, Ashraf berjaya menggalas tanggungjawabnya sebagai seorang suami dengan baik. Sama-sama kita doakan kebahagiaan ini akan kekal buat mereka bertiga.

Sumber: BH Online & beautifulnara.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)