Oleh pada 27 Feb 2017 kategori

Siapa yang tak tahu cerita sang arnab yang berlumba siapa paling pantas melawan sang kura-kura? Dari zaman dulu kita disogokkan dengan cerita yang dengan penuh nilai murni ini. Malah negara-negara lain pun tahu akan perbalahan yang terjadi antara dua musuh ini.

Anak-anak kita pula sekarang ada versi canggih sikit sebab Upin & Ipin dah buat 2 episod "Kisah Pisang dan Cengkerang" yang diadaptasikan daripada hikayat yang sama.

bugs bunny berlagak betul dalam episod ni

Selama ini, pernah tak kita terfikir, betul ke kura-kura boleh kalahkan arnab? Takkanlah dalam kehidupan sebenar, kura-kura yang perlahan itu boleh menandingi kelajuan arnab? Macam tipu je. Kan?

Tapi sekitar tahun lepas, sekumpulan warga Thailand yang kreatif telahpun mengadakan satu pertandingan sebenar di antara kedua-dua haiwan ini. Dalam video ini, kura-kura dan arnab bertanding untuk melihat haiwan manakah yang boleh melepasi garisan penamat terlebih dahulu.

Anda rasa haiwan manakah yang menang?

Sekarang bolehlah ceritakan pada anak anda, kisah dongeng kanak-kanak ini memang benar-benar terjadi!


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)