Oleh pada 19 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Utusan Online

Sejak beberapa tahun sudah, kita dapat menyaksikan beberapa penambahan dan perubahan di dalam sukan bola sepak tempatan.

Terkini, sebuah aplikasi telah diwujudkan khusus buat peminat bola sepak negara dipanggil "Fanskick".

Sebuah majlis pelancaran aplikasi ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Antara mereka yang hadir ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pengerusi Fanskick Dot Com, Datuk Shahul Hamid, dan beberapa lagi.

Fanskick yang diiktiraf oleh FAM dan Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) menawarkan beberapa fungsi menarik bagi peminat bola sepak tanah air.

Ini termasuk pembelian tiket bola, informasi terbaru statistik dan perlawanan, ruang interaksi iaitu "Buddy System" (percuma selama satu tahun), permainan simulasi pengurusan bola sepak iaitu "FK Manager", dan penstriman secara langsung perlawanan.

Tunggu apa lagi, anda boleh mula memuat turun aplikasi ini dari Google PlayStore dan App Store sekarang.

Sumber berita: Berita Harian Online & wiser.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)